SEORANG wanita di SW Sadwick Ave, Port St.Lucie, Florida, Amerika Syarikat ditahan pihak polis selepas bertindak ganas memukul suaminya.
Kejadian berlaku kerana Dawn Meikle, 55, mendakwa sudah tidak tahan dengan perangai suaminya yang suka kentut di dalam biik tidur mereka.
Pihak polis mengesahkan, mereka menerima panggilan telefon sekitar jam 3.30 pagi, 11 Disember lalu tentang kejadian tesebut yang bermula selepas suami suspek, Donald Fitzroy Meikle sedang baring bersamanya dan mula kentut tanpa henti.
Berang dengan bunyi kentut tersebut, Meikle bertindak menyiku suaminya itu. Donald bagaimanapun terus kentut membuatkan Meikle naik angin lalu bertindak memukul dan menendangnya sehingga cedera.
Donald yang cuba menghalang daripada terus diserang, secara tidak sengaja turut tertumbuk bibir isterinya itu sehingga pecah.
Pergaduhan malam itu menyebabkan Donald mengalami calar balar serius di bahagian dada selepas baju yang dipakainya koyak rabak.
Miekle dikatakan mengaku perbuatannya terhadap Donald namun menafikan bibirnya telah ditumbuk suami. Dia ditahan atas tuduhan melakukan keganasan dan dibawa ke penjara St.Lucie County.  – MYNEWSHUB.CC
Sumber: WPTV.com
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=7m-6t3Qu8TQ&w=560&h=315]