Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

RTM Wajar Utamakan Drama...

KUALA LUMPUR - Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah lari daripada peranannya untuk...

RM1,700/= Gaji Baharu Amah...

SINGAPURA - Semua majikan di Singapura kemungkinan besar bakal membayar gaji yang lebih...

Imigresen Kedah Tahan 4...

ALOR SETAR - Empat warga Thailand yang cuba keluar ke Thailand ditahan kerana...

TLDM Kesan Dua Bot...

LANGKAWI - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini mengesan dua bot yang...

Warga Emas Bebas Tali Gantung

Taiping – Seorang lelaki terselamat daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, mendapati tertuduh tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis ganja 227 gram, pada Jun 2012.

Mohd Shuib Abdullah, 58, yang menjalankan perniagaan dalam talian, didapati tidak bersalah selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan berjaya mewujudkan keraguaan munasabah dalam kes terbabit.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Shuib didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Kampung Jambu, di sini, 2 pagi, pada 15 Jun 2012.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.


Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan melepas dan membebaskan tertuduh berdasarkan beberapa alasan termasuk kegagalan saksi pihak pendakwaan mengenalpasti berapa ramai individu yang tinggal bersama tertuduh.

Mohd Shuib yang diwakili peguam P Ravee kelihatan menangis gembira dalam mahkamah selepas keputusan dibacakan. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori