Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Makan Bersama.. Sultan Selangor,...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap...

Batal Kebenaran Operasi Syarikat...

PUTRAJAYA - Syarikat yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang...

Atlet Wushu Choon How...

KUALA LUMPUR - Selepas mengakhiri tahun ini penuh cemerlang dengan dinobatkan sebagai pemenang...

Industri Pelancongan Boleh Maju,...

KANGAR - Industri pelancongan hanya akan tumbuh dan berkembang dengan promosi bersungguh-sungguh dilaksanakan...

Warga Emas Maut Dirempuh Kereta Di Kemaman

KEMAMAN – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di simpang empat Jalan Kemasik-Air Jerneh, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu menyebabkan mangsa Che Abdul Rani Che Ngah, 63, pesara Telekom Malaysia (TM) itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Normansah Din berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang bersendirian motosikal jenis Honda EX5 keluar mengejut dari simpang jalan lalu dilanggar sebuah Perodua Myvi dari arah Air Jerneh, yang tidak sempat mengelak mangsa.

“Mangsa telah tercampak dari motornya dan mengalami kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Bagaimanapun pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun bahagian hadapan kenderaannya remuk.

Katanya mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori