Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jabatan Perikanan Tahan 4...

PASIR PUTEH - Jabatan Perikanan Kelantan menahan empat bot laut dalam kerana menggunakan...

“Hadiah Istimewa Buat Ayahanda,...

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menyifatkan...

Gobind Akan Temui AG...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini berkata...

Bas Ekspres Terbabas, 17...

KUALA LUMPUR - Seramai 17 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik mencemaskan apabila...

Waris Mangsa Nahas Bas Ke Bangkok Tengah Hari Ini

SEPANG – Seramai 15 ahli keluarga mangsa kemalangan bas di Lebuhraya Chiang Mai – Chiang Rai di Doi Saket, utara Chiang Mai, Thailand tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 10 pagi tadi.

Mereka akan berlepas ke Bangkok pada jam 1.05 tengah hari ini menaiki pesawat Thai Airways, dan kemudian berangkat ke Chiang Mai bagi proses pengecaman dan pengurusan jenazah mangsa. Mereka bertolak dari Batu Pahat kira-kira jam 5 pagi tadi.

Seorang ahli keluarga mangsa nahas, Ker Ah Hwee, 55, ketika ditemui di KLIA sebentar tadi, berkata dia mendapat tahu kemalangan membabitkan adik iparnya itu menerusi internet.

“Kami akan ke hospital di Chiang Mai (bagi pengurusan jenazah),” katanya yang enggan dikenali. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi semalam, seramai 13 rakyat Malaysia terbunuh apabila bas persiaran mereka terjunam ke gaung selepas terbabit kemalangan.


Mangsa yang terkorban adalah lima lelaki dan lapan perempuan berusia antara 20-an dan 80-an. Sembilan lagi rakyat Malaysia cedera termasuk empat parah. Semua mayat dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Doi Saket.

Rombongan 22 pelancong itu yang berada di Chiang Mai sejak Khamis lalu, berasal dari Batu Pahat. – BHarian Online

[wpdevart_youtube]7CdmLPzSgOs[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • bas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori