Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Daniel Craig Pencen Jadi...

PELAKON terkenal, Daniel Craig dilaporkan menolak tawaran bernilai RM402 juta (£68 juta) bagi membintangi...

Mahkamah Putuskan Telekung Suqainah...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memutuskan Telekung Suqainah Lite milik Airaz Technologies Sdn Bhd...

UMNO Masih Relevan, Kena...

MALAR... Tidak semua kepemimpinan tertinggi PAS bersetuju dengan Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar...

Kadar Pengangguran Turun Kepada...

PUTRAJAYA - Kadar pengangguran Malaysia turun sedikit kepada 4.8 peratus pada Februari 2021...

Zahid Luang Masa Lawat Warga Media Di Ruang Kerja

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa lebih setengah jam bertemu dan beramah mesra dengan petugas media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Laman Media, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Petugas media yang antaranya sedang mendengar perbahasan usul agama dan pendidikan, berhenti sejenak semata-mata untuk mendapatkan peluang bergambar bersama Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri itu.

Pemimpin nombor dua negara itu juga sempat berseloroh apabila diminta memberikan pandangannya mengenai perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia yang bakal menyaksikan perlawanan antara Kedah dan Selangor malam ini.

“Saya sokong siapa yang menang,” kata beliau, yang disambut dengan gelak ketawa dari petugas media.


Perhimpunan agung itu yang masuk hari terakhir hari ini mendapat liputan daripada 68 agensi media berdaftar, terdiri daripada 455 media tempatan dan 13 media asing dengan hampir 1,800 petugas.

Ahmad Zahid turut diiringi isterinya Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]h7uG1c5fYCc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori