Penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai yang baru sahaja menyambut hari lahirnya telah berkongsi gambar sekitar majlis itu di akaun instagram miliknya.
Dan apa yang menarik perhatian ramai, Gayatri telah memuatnaik gambar bersama bekas teman lelakinya, Zul Ariffin yang merupakan seorang pelakon.
Bukan itu sahaja, Gayatri juga memuatnaik gambar bersama ibu Zul sewaktu majlis hari lahirnya.
Selepas perkongsian gambar-gambar tersebut, ramai peminat Zul mahukan pelakon lelaki tersebut kembali bersama Gayatri. Malah jika diikutkan, hubungan di antara keluarga Zul dan juga Gayatri masih baik.
Sebelum ini, sewaktu kontroversi perpisahan mereka berlaku, Gayatri menjelaskan bahawa dia mengambil keputusan untuk tidak berkongsi dengan sesiapa berkaitan apa yang berlaku di antara mereka.
Gayatri juga menyatakan bahawa semua kejayaan Zul adalah di atas usahanya sendiri. -MYNEWSHUB.CC