Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

KPDNKK Tubuh Jawatankuasa Caj...

KUALA PILAH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menubuhkan Jawatankuasa...

Kerajaan Selangor Beri RM2...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor memberi dana RM2 juta kepada empat sekolah persendirian...

Politik Fitnah Datang Lagi

Hati-hati semua politik fitnah datang lagi gara-gara Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang...

Polis Selangor Serbu 4...

SHAH ALAM - Anggota Unit Anti-Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7) Selangor menyerbu empat...

PAN Perlekeh Hasrat Rayani Air Lantik Haron Din

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) memperlekehkan hasrat Rayani Air mahu mendapatkan khidmat Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din sebagai Penasihat Syariah syarikat penerbangan itu.

Pengarah Hal Ehwal Ekonominya, Syed Marwan Mujahid turut mempersoalkan mengapa Rayani Air yang tidak pernah mempunyai panel penasihat syariah atau ahli lembaga syariah tetapi berani menyatakan syarikat penerbangan itu patuh syariah sebelum ini.

“Sejauh mana Rayani Air patuh syariah? Apa definisi patuh syariah? Siapa yang mengesahkan mereka patuh syariah? Adakah cukup pramugari pakai tudung dan tidak hidang arak boleh dipromosikan sebagai patuh syariah.

“Berita terbaru, Datuk Dr Haron Din (Mursyidul Am PAS) nak dilantik sebagai penasihat syariah. Jadi, adakah sebelum ini tiada panel penasihat syariah atau ahli lembaga syariah?” katanya ketika diminta mengulas perkara itu oleh sebuah portal berita.

Syed Marwan turut mengingatkan Rayani Air perlu memastikan aktiviti perniagaan mereka yang didakwa sebagai patuh syariah bebas daripada sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, pelaburan dan sebagainya.

“Dari sudut pengurusan kewangannya pula, adakah Rayani Air tidak terlibat dengan riba dan menggunakan khidmat bank patuh syariah sepenuhnya?” soalnya.


Beliau turut merendah-rendahkan operasi Rayani Air membuat bacaan doa sebelum memulakan penerbangan kerana mendakwa ia sekadar mengisi permintaan pengguna yang mahukan produk patuh syariah.

“Bagi saya, kalau dari sudut ekonomi, Rayani Air cuma ‘basic supply and demand’. Rayani Air mengisi ‘demand’ pengguna yang mahukan produk patuh syariah. Tapi persoalannya, ramai mana yang sebenarnya yang ‘demand’ produk patuh syariah?,” soalnya lagi.

Syarikat penerbangan terbaharu Malaysia, Rayani Air dengan slogan ‘Jom Terbang‘ sebelum ini menerima pujian ramai netizen menerusi lelaman media sosial tempatan ekoran pendiriannya yang amat mematuhi syariah. – mynewshub.cc

1 komen

  1. Hai sahabat, kalau diri dah rasa cukup fulus, sendiri adakan 100% islamic sy penerbangan dan jangan banyak cakap saja. Kita patut syukur ada orang yang nak adakan walaupun bukan orang islam……. Cuba renung diri sendiri laa…. Ada boleh.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori