Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Harga Siling Penutup Mulut...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan melihat semula harga siling penutup mulut dan hidung yang...

Muktamar Pas Kecoh, Pengerusi...

Pengerusi Tetap Muktamar PAS, Kamal Ashaari terpaksa dikejarkan ke hospital berhampiran kerana mengalami...

Keadaan Banjir Di Lima...

KUALA LUMPUR - Seramai 36,191 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Kadar Zakat Fitrah Terengganu...

KUALA TERENGGANU – Kadar zakat fitrah di Terengganu pada tahun ini meningkat kepada...

Trend Nama Anak Tahun Baharu Unik Dan Menarik!

MUNGKIN inilah yang dikatakan trend terkini, ibu bapa alaf baharu sering kali mendapat idea dan inspirasi menarik untuk menamakan anak-anak mereka.

Baca: Amboi! Panjang Berjela Nama Anak-Anak Zaman Kini

Juga: Nama Terpanjang, Popular Dalam Rekod JPN

Lagi: Kesal Nama Y, Gadis Diberi Nama Terpanjang Indonesia

Jika dibandingkan dengan nama klasik anak-anak zaman dahulu, nama yang diberikan kepada anak-anak pada masa kini dilihat lebih panjang dan adakalanya nama tersebut sukar sekali untuk dilafazkan.

Setakat ini, Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam adalah antara nama terpanjang di Malaysia seperti yang direkodkan pihak ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara.

Di Indonesia, nama Aiwinur Siti Diah Ayu Mega Ningrum Dwi Pangestuti Lestasi Endang Pamikasih Sri Kumala Sari Dewi Puspita Anggraini diiktiraf sebagai paling panjang di republik itu dan juga di dunia.

nama 2

nama 3

nama nama

Selain itu, trend kontemporari dan ikutan dilihat menjadi antara faktor utama dalam pemilihan nama yang sesuai untuk panduan rujukan kepada anak-anak masa kini.

Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang berpendapat, sekiranya nama anaknya itu tidak panjang, mereka pula akan dianggap kolot dan tidak mengikut trend semasa.


Walhal zaman dahulu, generasi datuk nenek kita mungkin lebih cenderung memberikan nama yang simple dan mudah diingat serta disebut ringkas iaitu dengan satu perkataan sahaja.

Jika dilihat kepada beberapa senarai nama yang diviralkan menerusi laman sosial baru-baru ini, pasti ramai yang tersenyum lihat nama anak-anak zaman moden ni kan?

Walau apapun, semoga anak-anak ini akan menjadi golongan pelapis masa depan yang gemilang buat negara kita.

Bagi admin, tidak kisahlah apa sahaja nama yang ingin diberikan kepada anak-anak, asalkan ia mempunyai maksud yang baik di sebalik nama yang ‘gah’ ini.  – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=6eRtGjsVJr0]

  • Lagi berita berkaitan:
  • nama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori