Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘P.Ramlee Singapura’ Meninggal Dunia...

SINGAPURA - Jika di Malaysia, ada Musly Ramlee yang cukup sinonim kerana sering...

Gaji Pekerja OKU, Majikan...

LAHAD DATU - Majikan di daerah ini disaran turut menggaji pekerja orang kurang...

Jangan Kutuk Lawatan PM...

HARAP kawan-kawan tidak akan kutuk lawatan PM8 ke Arab Saudi sebab negara itu...

Semangat Merdeka, Halikin Cat...

SANDAKAN - Atas semangat kemerdekaan, seorang pemilik rumah mengambil inisiatif mengecat rumahnya dengan...

TPPA: Antara Manfaat Yang Tiada Siapa Hendak Tahu

SESUATU yang tidak diketahui ramai khasnya penentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ialah ia sebenarnya sudah ditandatangani banyak negara secara senyap sejak 2005 di sebalik pelbagai isu kontroversi.

Ini termasuk Brunei yang memiliki jumlah penduduk antara paling sedikit di dunia selain dua negara maju, New Zealand dan Singapura serta sebuah negara ketegori membangun amat pesat di benua Amerika Latin, Chile.

Bagi mereka yang masih beranggapan TPPA seolah-olah suatu bentuk penjajahan Amerika Syarikat (AS) ke atas 11 negara anggota perjanjian itu, bagaimana pula kes Vietnam, musuh ketat kuasa besar dunia tersebut pada 1970-an.

Negara Asia tenggara itu malah melihat TPPA sebagai platform terbaik meningkatkan perdagangan antarabangsa agar tidak terlalu bergantung kepada jirannya, China, sekutu aliran siasah Komunismenya sejak dahulu lagi.

Hakikatnya, bukan semua negara bersempadan maritim dengan Lautan Pasifik dapat menyertai TPPA, sebaliknya AS cuma memilih 11 negara tertentu termasuk Australia, Jepun, Kanada, Mexico dan Peru di samping Malaysia.

Tidak hairanlah di sebalik persepsi buruk mengenai TPPA, banyak negara lain yang turut berminat bahkan siap lagi melobi kerajaan AS sendiri antaranya Colombia, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, Taiwan dan Thailand.

Hakikatnya, tidak ramai tahu Malaysia dan Vietnam adalah antara negara di rantau ini yang bakal meraih manfaat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tinggi antara 8 hingga 10 peratus dengan pelaksanaan TPPA.

Ia hasil analisis Bank Dunia dalam usaha mengenal potensi implikasi TPPA terhadap ekonomi makro dan dedah dua negara ini bakal raih manfaat daripada tarif rendah serta langkah bukan tarif di pasaran eksport lebih besar.

Malah kajian pihak Bank Dunia turut menyatakan, kedua-dua negara terbabit juga akan mempunyai kedudukan lebih kukuh dalam rangkaian bekalan serantau menerusi sistem integrasi perdagangan yang lebih mantap.

Dari segi impak individu, peningkatan terbesar KDNK dijangka bagi negara anggota TPPA dengan ekonomi kecil serta terbuka seperti Vietnam dan Malaysia, dengan masing-masing naik 10 peratus dan lapan peratus.

Menurut Bank Dunia dalam analisis dikeluarkan sempena laporan prospek ekonomi globalnya, ia berdasarkan model simulasi yang dibuat menunjukkan menjelang 2030, TPPA akan meningkatkan KDNK negara anggota.

“Ia dijangka sebanyak 0.4 hingga 10 peratus manakala 1.1 peratus dari segi asas purata KDNK. Manfaat bakal direalisasi secara perlahan-lahan, tetapi akan menjadi lebih pantas pada akhir tempoh yang diunjurkan.


“Permulaan perlahan adalah susulan hasil pelaksanaan beransur-ansur perjanjian itu. Manfaat TPPA sebahagian besarnya dipacu daripada pengurangan langkah bukan tarif dan langkah yang memanfaatkan perkhidmatan.

“Bagi anggota TPPA, 15 peratus peningkatan KDNK berikutan pengurangan tarif, dengan langkah bukan tarif dalam barangan dan perkhidmatan, akan naik masing-masing 53 peratus dan 31 peratus KDNK,” menurutnya.

TPP_map

Laporan itu mendedahkan TPPA jadi pelengkap penting kepada dasar lain bagi meningkatkan pertumbuhan jangka sederhana, termasuk alih sumber ke arah firma dan sektor lebih produktif serta perluas pasaran eksport.

Bank Dunia menjelaskan, bagi negara yang mengeksport produk secara berintensifkan buruh, pendapatan isi rumah berpendapatan dan berkemahiran rendah dijangka berkembang secara amat kukuh.

Pelaksanaan TPPA itu juga kata Bank Dunia, bakal meningkatkan perdagangan negara anggota sebanyak 11 peratus menjelang 2030 yang akan mengimbangi trend perdagangan perlahan sejak 2011.

Berdasarkan kepada corak aliran semasa dari 2011 hingga 2014, perdagangan sesama negara anggota jatuh 25 peratus di bawah corak aliran prakrisis menjelang tahun 2030.

“Penstrukturan semula dasar diperlukan untuk meningkatkan manfaat TPPA secara optimum, sama seperti perjanjian perdagangan serantau lain, khasnya di negara yang berstatus sedang membangun.

“Pihak kerajaan di beberapa buah negara anggota perjanjian ini melihat pendekatan liberalisasi perdagangan diperlukan oleh TPPA sebagai langkah pemacu kepada perubahan dasar yang lebih sukar.

“Bagaimanapun, pelaksanaan perjanjian perdagangan serantau mega termasuk TPPA, memerlukan kapasiti institusi yang belum ada di beberapa negara sedang membangun,” kata Bank Dunia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: ‘Tok Pa Perunding Terbaik TPPA’ – Akui Pakar Asing

Juga: Isu TPPA – Malaysia Berjaya Pertahan Kedaulatan

Lagi: Malaysia Boleh Tarik Diri Jika ‘Kurang Selesa’ TPPA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TPPA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori