Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Acara Trek & Padang...

KUALA LUMPUR - Acara trek dan padang Sukan SEA ke-29 tahun depan akan...

Kastam Gagalkan Cubaan Seludup...

NILAI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 50 kilogram...

Kenderaan Berat Dilarang Masuk...

KOTA BAHARU - Kenderaan berat tidak dibenarkan memasuki negeri ini bermula esok hingga...

Bentuk Masa Depan Baharu...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan agung tahunan kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang...

Gara-Gara El Nino, Kes Denggi Boleh Meningkat 50 Peratus

KUALA LUMPUR – Kes wabak denggi dijangka meningkat sehingga 50 peratus disebabkan fenomena El Nino yang sedang melanda negara waktu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hal itu kerana fenomena El Nino menyebabkan cuaca di Malaysia menjadi panas dan kering.

“Dalam keadaan cuaca kering dan suhu tinggi, kitaran hidup nyamuk Aedes daripada telur ke peringkat nyamuk dewasa semakin singkat iaitu kurang dari tujuh hari dan ini menyebabkan populasi nyamuk akan meningkat dalam tempoh tersebut.

“Selain itu, suhu panas akan menyebabkan nyamuk lebih aktif dan frekuensi menggigit mangsa adalah tinggi serta penyebaran virus denggi akan lebih meluas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

nyamuk-aedes

Noor Hisham berkata, kes wabak denggi juga dijangka meningkat disebabkan fenomena El Nino memberi kesan kepada tabiat vektor dan masyarakat.

Jelasnya, fenomena yang menyebabkan hujan berkurangan itu akan mengundang kepada isu bekalan air berlaku sekaligus menyebabkan masyarakat menakung air bagi menampung bekalan air harian.

“Isu denggi ini perlu ditangani melalui kaedah lebih kreatif, inovatif, menyeluruh dan bersepadu melibatkan pelbagai kementerian dan agensi.

“Sehubungan itu, KKM berharap semua kementerian, agensi, badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak masyarakat mengambil tindakan proaktif melakukan langkah-langkah pencegahan,” katanya.

MinistryofHealthjoshuaongysAdvertorial9


Langkah-langkah pencegahan adalah seperti berikut:

i. Semua Kementerian, Jabatan dan Agensi perlu meningkatkan aktiviti pembersihan persekitaran serta “cari dan musnah” tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes setiap minggu di institusi masing-masing.

ii. Pihak Berkuasa Tempatan memastikan sampah dikutip mengikut jadual ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi mengelakkan pembiakan aedes serta penyakit berjangkit lain. Di samping itu, meningkatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti pembuangan sampah haram. Aktiviti pencegahan seperti larvaciding perlu dilaksanakan di kawasan berisiko ini.

iii. Pemeriksaan dan penguatkuasaan di tapak-tapak binaan hendaklah dilaksanakan secara berterusan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

iv. Pihak masyarakat diseru membersihkan kawasan persekitaran masing-masing di samping melakukan aktiviti “cari dan musnah” tempat-tempat pembiakan aedes setiap minggu. Mereka juga disaran melindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes menggunakan repelen dan memakai baju berlengan panjang terutama apabila berada di luar rumah, khususnya waktu awal pagi dan lewat senja.

v. Pihak masyarakat, Jawatankuasa Persatuan Penduduk, PBT dan KKM melaksanakan aktiviti “Gotong Royong Mega” secara bersepadu dengan jabatan dan agensi lain seperti JPAM, ATM, RELA, PDRM dan NGO dari semasa ke semasa terutama melibatkan kawasan tanah atau lot kosong yang berisiko untuk pembiakan aedes.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori