Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiket Percuma Buat Penyokong...

KUALA LUMPUR - Penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) mendapat 'bonus' apabila berpeluang...

Zuraida Puji Amalan Haramkan...

PUTRAJAYA - Usaha Rwanda untuk mengharamkan penggunaan beg plastik yang telah dilaksanakan lebih...

Lelaki Dicari Bantu Siasat...

SIBU - Polis Sibu kini sedang giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai boleh...

“Saya Diundang Hadiri KMM...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan...

12 Kes Demam Denggi Direkodkan Di Perlis Dari 1-12 Jan

KANGAR – Perlis merekodkan 14 kes demam denggi dalam tempoh 12 hari tahun ini dari 1 Jan sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Zaini Hussin berkata tiada kematian direkodkan akibat denggi di negeri ini dalam tempoh berkenaan.

“Fenomena El Nino yang sedang melanda negara sekarang dijangka menyebabkan kejadian demam denggi meningkat.

“Oleh itu jabatan akan mempergiatkan aktiviti gotong royong secara aktif bersama masyarakat dengan bantuan badan-badan bukan kerajaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sehubungan itu beliau berharap masyarakat menyertai aktiviti membasmi sarang pembiakan nyamuk Aedes terutama tempat-tempat panas yang dikenal pasti merekodkan kes demam denggi setiap tahun.


Menurutnya, kes demam denggi yang dilaporkan pada tahun lepas berjumlah 253 kes menurun 64 kes berbanding 2014 iaitu sebanyak 317 kes dan tiada kematian direkodkan dalam dua tahun berkenaan.

“Penurunan itu disumbangkan oleh program kesedaran menghapuskan nyamuk Aedes dan saya berharap orang ramai sentiasa membersihkan kawasan persekitaran mereka agar bebas daripada nyamuk Aedes.

Dr Zaini turut meluahkan kekecewaan terhadap segelintir masyarakat yang menganggap denggi bukan masalah mereka dan percaya cara terbaik menghapuskan denggi ialah dengan memusnahkan saran atau tempat pembiakanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori