PELAKON Shaheizy Sam, 34, hari ini mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihannya, Syatilla Melvin, 25, pada 8 Februari ini.
Lebih indah, majlis ini dilaporkan mendapat tajaan berjumlah keseluruhan RM25 juta sekaligus menjadikan perkahwinan ini Wedding Of The Year.
Sam yang ditemui pada sidang media khas yang diadakan sebentar tadi di sebuah hotel di Kuala Lumpur berkata, sejujurnya dia tidak mengetahui siapakah penaja-penaja yang sudi menaja majlisnya ini kerana ibunya merupakan tulang belakang kepada segala persediaan perkahwinan.
Menurut Sam, jumlah berkenaan membabitkan barang kemas bernilai RM20 juta manakala RM5 juta lagi membabitkan persiapan dekorasi pelamin, pakaian, tatarias serta cenderahati.
Majlis akad nikah Sam dan Syatilla akan diadakan di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi pihak perempaun pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.
Bagi majlis resepsi sebelah pihak Sam pula, akan diadakan pada tanggal 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur manakala majlis meraikan peminat pada 20 Februari depan. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Harian Metro
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=CBZV3isoxac]