Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kesilapan Saat Akhir Undang...

KUALA TERENGGANU - Tekanan emosi dalam perlawanan 'abang-adik' serta hilang fokus pada saat...

4 Warga Finland Edar...

LANGKAWI - Polis menahan empat warga Finland di sebuah hotel di sini semalam...

Malaysia Miliki Kebolehupayaan Harungi...

KUALA LUMPUR - Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti...

Dovizioso Rampas Petak Pertama...

SEPANG - Penunggang Itali, Andrea Dovizioso akan memulakan perlumbaan kelas MotoGP dari petak...

Bot Karam, 13 PATI Indonesia Mati Lemas Di Kota Tinggi

JOHOR BAHRU – Seramai 13 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia ditemui mati lemas setelah bot pancung mereka karam dipukul ombak di perairan Tanjung Kelisa, Bandar Penawar dekat Kota Tinggi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman berkata kejadian berlaku kira-kira 8 pagi ketika kesemua mereka dipercayai merancang untuk perjalanan balik ke negara asal mereka.

“Namun setibanya di tempat kejadian, bot dinaiki mereka dikatakan terbalik akibat dipukul ombak dan angin kencang menyebabkan kesemuanya terjatuh ke dalam laut,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rahmat berkata operasi mencari dan menyelamat mereka yang terdiri daripada sembilan perempuan dan empat lelaki itu dilancarkan sejak pukul 9 pagi selepas polis mendapat maklumat orang awam.

Operasi melibatkan seramai 16 anggota Pasukan Polis Marin dan tujuh anggota polis Balai Bandar Penawar.


Kesemua mayat ditemui terdampar pada pukul 8.40 pagi di kawasan pantai perairan berkenaan dan telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]INO0_PvWw9s[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori