Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kempen “I’m A Muslim,...

KEMPEN "I'm Muslim, I Love Hindus" yang dilaksanakan oleh Komunitas Pemuda Saling Menghormati...

Status Malaysia Masuk Fasa...

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyemak semula pengisytiharan kawasan tempat jangkitan di Malaysia...

Pembangunan Semula Sektor Pelancongan

GEORGE TOWN - Pembangunan semula sektor pelancongan negara yang terjejas teruk akibat pandemik...

Uqasha Tak Pernah Ajar...

SEJAK kebelakangan ini pelakon Uqasha Senrose dilihat semakin akrab dengan rakan artis Fathia...

Video: LUCU.. Wanita Silap Masuk Sidang Media Shaheizy Sam

RUPA-rupanya ada cerita menarik berlaku ketika berlangsungnya sidang media pengumuman majlis perkahwinan pasangan pelakon, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin di sebuah hotel di Petaling Jaya, pada Selasa.

Semuanya gara-gara kehadiran seorang wanita yang tersilap masuk dalam sidang media itu sehinggakan ramai yang menyangka dia adalah bakal kepada isteri Shaheizy Sam sendiri.

Wanita yang tidak dikenali itu dikatakan berlagak bersahaja lantas terus duduk di sebelah ibu Shaheizy Sam, Khaty Fauziah.

Kehadiran wanita itu sekali gus menarik perhatian pengamal media sehinggakan jurugambar dilihat tidak henti-henti merakam gambar.

Pada masa yang sama, Khaty dilihat memberi reaksi wajah terkejut dengan kemunculan wanita yang berada di sisinya itu.

Suasana dikatakan menjadi kecoh dan gamat seketika, sebelum wanita itu menyedari kesilapannya lantas meninggalkan majlis tersebut.

Bagaimanapun, kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis tersebut.


syatilla1

Dalam sidang media itu, Khaty Fauziah mengumumkan anaknya Shaheizy Sam bakal menikahi aktres Syatilla Melvin 8 Februari ini.

Pasangan ini dilaporkan menerima tajaan perkahwinan sebanyak RM25 juta dan dijangka bakal menjadi Wedding Of The Year. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Sinar Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=XTaUihvn7rA]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori