Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Skim Perumahan Madani Akan...

PUTRAJAYA: Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan memperincikan Skim Perumahan MADANI di tanah rizab...

Video: Nak Lari Sangat,...

NASIB empat lelaki suspek curi kenderaan ini memang malang.Disebabkan enggan memberi kerjasama sehinggalah...

Duterte Sedia Undur Jika...

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mempertahankan tindakannya mencium seorang wanita yang sudah...

PRN: DAP ‘Tipu’ Tun...

KUCHING - Secara jujur, kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 kali ini bukan...

Syura Akui Kini Bergelar Janda, Telah Dicerai Talak Dua

TIDAK mahu terus berteka-teki dengan orang ramai mengenai statusnya kini, penyanyi Syura mendedahkan dia kini sudah bercerai dengan bekas suaminya, Mohd. Fadhly Md. Yassin dengan talak dua.

Menurut bekas juara Master Chef Selebriti musim kedua ini, dia tidak memaklumkan hal tersebut kepada umum sebelum ini kerana mahu menjaga hati banyak pihak.

Untitled

“Apatah lagi bekas keluarga mentua adalah dalam kalangan sanak saudara sendiri. Banyak aspek yang perlu saya ambil kira. Saya tak boleh mementingkan diri sendiri saja. Saya bukan sengaja bertindak demikian.

“Saya harap penjelasan ini akan menjelaskan situasi sebenar. Semua dilakukan demi kebaikan semua. Cukuplah saya beritahu, orang di luar sana perlu tahu saya sudah menjadi ibu tunggal.


“Jika diikutkan, memang agak rumit untuk menjelaskan masalah rumah tangga kami,” katanya kepada BH Plus.

Pasangan ini dilaporkan sudah sah bercerai pada September lalu dan mempunyai tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama.

Sementara itu, Syura tidak menolak jika dia dijodohkan bersama bekas suaminya kembali atau mana-mana lelaki lain. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=vJkFEhRAaj0]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Syura

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori