Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tentera Darat Komited Cari...

PORT DICKSON - Tentera darat akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat tujuh murid...

FIFA Tolak Rayuan Leicester...

LONDON - Rayuan Leicester City untuk mendaftarkan Adrien Silva ditolak oleh Persekutuan Bola...

Kes SSM: Nik Faisal,...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu Suruhanjaya Syarikat Malaysia...

Tun M, Dua Bekas...

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua lagi individu telah mengemukakan...

14 Maut Nahas Bas Di Jepun

TOKYO – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan berpuluh lagi cedera apabila bas yang membawa mereka ke resort percutian ski terbabas di jalan dekat kawasan pergunungan di tengah Jepun awal hari ini, kata kerajaan.

Difahamkan bas dari Tokyo dengan 41 penumpang itu menuju ke resort ski di daerah Nagano apabila ia tergelincir dari jalan raya di bandar peranginan di selatan Karuizawa Nagano.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga dalam satu sidang media di Tokyo berkata, 14 orang terbunuh dan 27 lain cedera dalam kemalangan itu. Jurucakap tertinggi kerajaan itu berkata, kementerian pengangkutan sudah melancarkan siasatan dan menghantar penyiasat ke kawasan kejadian.

Rakaman televisyen menunjukkan bas terbalik ke dalam hutan dengan tingkap hadapan berkecai sepenuhnya selepas merempuh penghadang jalan.


Jurucakap polis memberitahu AFP, bas itu menjunam sebelum subuh, manakala media tempatan berkata ia membawa penumpang yang mengikuti pakej pelancongan yang dijual agensi pelancongan Tokyo.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Jepun menyaksikan beberapa kemalangan bas berprofil tinggi, sebahagiannya menyalahkan pemandu yang tertidur ketika bertugas. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori