Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Beri Ingatan Mengenai Pelaburan...

SINGAPURA - Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) telah menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati...

Nelayan Rugi RM80,000, Bot...

MELAKA - Tujuh nelayan kerugian kira-kira RM80,000 setelah bot, enjin dan beberapa peralatan...

Polis Selamatkan 14 Buruh...

KLANG: Polis menyelamatkan 14 wanita Indonesia yang dipercayai dieksploitasi sebagai buruh paksa dalam...

Pereka Dalaman Maut Ditikam...

PETALING JAYA - Polis tidak menolak kemungkinan seorang pereka dalaman yang maut akibat...

14 Maut Nahas Bas Di Jepun

TOKYO – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan berpuluh lagi cedera apabila bas yang membawa mereka ke resort percutian ski terbabas di jalan dekat kawasan pergunungan di tengah Jepun awal hari ini, kata kerajaan.

Difahamkan bas dari Tokyo dengan 41 penumpang itu menuju ke resort ski di daerah Nagano apabila ia tergelincir dari jalan raya di bandar peranginan di selatan Karuizawa Nagano.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga dalam satu sidang media di Tokyo berkata, 14 orang terbunuh dan 27 lain cedera dalam kemalangan itu. Jurucakap tertinggi kerajaan itu berkata, kementerian pengangkutan sudah melancarkan siasatan dan menghantar penyiasat ke kawasan kejadian.

Rakaman televisyen menunjukkan bas terbalik ke dalam hutan dengan tingkap hadapan berkecai sepenuhnya selepas merempuh penghadang jalan.


Jurucakap polis memberitahu AFP, bas itu menjunam sebelum subuh, manakala media tempatan berkata ia membawa penumpang yang mengikuti pakej pelancongan yang dijual agensi pelancongan Tokyo.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Jepun menyaksikan beberapa kemalangan bas berprofil tinggi, sebahagiannya menyalahkan pemandu yang tertidur ketika bertugas. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori