Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Polis Dirakam Berhibur Ditukar...

JOHOR BAHRU - Semua pegawai dan anggota terlibat dalam video pegawai polis berhibur...

Misteri Air Sungai Bertukar...

GAMBAR sebatang sungai di Rusia yang bertukar warna menjadi merah darah kini tersebar...

Mesej Mohon Maaf Bekas...

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar meninggal dunia di Institut...

Keputusan Siasatan Bunga Api...

KLANG - Keputusan siasatan dalaman berhubung insiden bunga api meletup dan mencederakan 14...

Sedih Anak Lelaki Malu Dipeluk, Ibu Ini Reka Patung Sebenar Anaknya

LUMRAHNYA, anak lelaki yang meningkat remaja biasanya tidak mahu lagi dipeluk dan dicium oleh ibu bapa kerana berasa malu apabila diperlakukan sedemikian.

Bagaimanapun, tidak semua ibu bapa boleh menerima perubahan itu. Sebagai contoh, seorang ibu dari Belanda ini.

Gara-gara berasa kehilangan dan sedih anaknya enggan lagi memeluk mahupun menciumnya, wanita yang bernama Marieke Voorsluijs ini sanggup membuat sebuah patung sebesar saiz anaknya.

marieke-masukmarieke-4

Menurut Marieke, patung itu dianggap sebagai pengganti kepada anaknya yang tidak mahu lagi dipeluk kerana berasa malu.

“Saya kini rasa kehilangan dia. Ya, meskipun setiap hari dia ada bersama saya. Dia tak mahu lagi dipeluk. Setelah remaja, dia lebih suka main dengan gadgetnya, bermain bersama teman-temannya, dengar iPodnya dan berbual di telefon dengan rakan-rakannya.”


“Ini membuat hari-hari saya menjadi sepi. Dahulu bila-bila sahaja saya boleh memeluknya. Kini dia telah menjadi anak yang beranjak dewasa. Saya bangga, tapi saya juga merasa kehilangan.” katanya.

Tambah Mariake, dengan memeluk patung itu, dia seolah-olah merasakan dapat memeluk anaknya.

Gambar Marieke bersama patung itu telah tersebar meluas di internet sekali gus menarik perhatian ramai. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=qeZL9-5Mjbg]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori