Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ketiadaan Tonggak Utama Punca...

ALOR SETAR - Ketiadaan beberapa tonggak utama dikenal pasti punca Kedah tewas 1-3...

Zahid Hamidi Dilantik Timbalan...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Doktor Kacak Bakal Suami...

PENYANYI Lufya atau nama sebenarnya, Lufyah Sheikh Omar dilapor bakal mendirikan rumah tangga...

‘Pengkhianat’ Sampah Plastik Diberi...

KLANG - Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) memberi...

Singapura Ketat Keselamatan Pasca Jakarta Dibom

Demikian menurut Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, menerusi catatan Facebooknya serta dipetik stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia.

Beliau malah menyatakan telah menelefon rakan sejawatannya di Indonesia, Menteri Penyelaras bagi Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan Negara, Luhut Pandajaitan susulan serangan pengganas di Jakarta itu.

Chee Hean turut mengutuskan kawat takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam pengeboman nekad itu yang setakat ini sudah menyebabkan tujuh orang termasuk anggota polis Indonesia dan warga asing terbunuh.

“Sebagai rakan dan negara jiran yang dekat, kami turut berdukacita atas nyawa terkorban dan mereka yang cedera. Kami juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam isu keselamatan bagi kedua-dua negara,” jelas beliau.

saf2

Chee Hean menambah bahawa beliau sedang memantau perkembangan di Indonesia “dengan penuh prihatin” dan telah pun mengarahkan tahap keselamatan awam di Singapura dipertingkatkan sebagai langkah pencegahan awal.


“Kita semua boleh membantu antara satu sama lain dengan sentiasa berwaspada. Mari kita berdiri bersama-sama dan bersatu dalam memerangi ancaman pengganas,” tambah beliau lagi menerusi catatan laman sosial tersebut.

Sementara itu, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menerusi satu kenyataan rasmi dalam Facebook pasukan keselamatan tersebut menyatakan bahawa SAF meningkatkan kawalan keselamatan ekoran serangan di Jakarta.

“Askar-askar tetap kami yang sedang bertugas akan diarahkan untuk melakukan pemeriksaan rapi terhadap apa sahaja yang mencurigakan dan bakal bertindak mengikut prosedur sedia ada sekarang ini,” jelas pihak SAF lagi.

Singapura memiliki 2.1 juta anggota tentera termasuk 1.4 juta anggota simpanan yang mampu dikerah berkhidmat sepenuh masa sekiranya berlaku keadaan perang secara terbuka di luar jangkaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori