Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Teruslah Berada Di Rumah,...

KUALA LUMPUR - Selepas pengumuman berita baik Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin PKS (Tambahan)...

THM Terima Sumbangan RM70,000...

IPOH - Tabung Harapan Malaysia hari ini menerima sumbangan berjumlah RM70,000 daripada sebuah...

iPhone 7 Sebabkan Kereta...

SYDNEY - Ketika masalah Samsung Galaxy Note7 hampir berakhir, telefon pintar baru keluaran...

Pereka Fesyen, Oscar De...

PEREKA fesyen tersohor, Oscar de la Renta, dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di...

15 Kes Denggi Dalam 62 Hari

IPOH – Laporan berhubung 15 kes demam denggi di sekitar kawasan Taman Tasek Mewah Bercham, dalam tempoh 62 hari sebelum ini nyata sesuatu yang membimbangkan.

Ahli Majlis Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI), Lai Kong Phooi berkata, laporan berkenaan jelas menggambarkan tahap kebersihan di sekitar kawasan berkenaan berada pada tahap yang tidak begitu baik.

Justeru katanya, penduduk di kawasan berkenaan digesa untuk sentiasa peka dengan tahap kebersihan di sekitar.

“Program gotong royong ini adalah untuk kali ketiga di kawasan taman ini sejak tiga minggu lalu kerana ada lapoiran mengenai 15 kes demam denggi di kawasan ini.

“Apa pun, kita harap gotong royong ini akan membantu terutamanya untuk didik masyarakat supaya sentiasa jaga kebersihan,” katanya lagi.

Kong Pooi berkata demikian sempena program Gotong Royong Memerangi Demam Denggi (Zon Bercham 2016), di Taman Mewah, pagi tadi.

Difahamkan lebih 100 penduduk Taman Mewah termasuk kakitangan Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI), Jabatan Kesihatan, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Zon Bercham dan penduduk sekitar terlibat dalam program berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi JPP Zoin 5 Low Guo Nan.


Dalam pada itu Kong Phooi menyifatkan penggunaan ‘punjut’ yang mengandungi bahan kimia hasil campuran bahan-bahan tertentu dilihat berkesan dalam usaha membunuh jentik-jentik.

Katanya, keberkesanan campuran sedikit diesel, serbuk kayu dan juga penggunaan racun jenis abate e-500 itu mula dikesan di Manjung, baru-baru ini.

“Kita letak punjut yang ada bahan kimia ini di tangki-tangki antiseptik di kawasan-kawasan perumahan seperti di rumah-rumah pangsa. Tujuannya untuk bunuh jentik-jentik.

“Bahan ini boleh tahan selama tiga bulan. Selepas tiga bulan kenalah tukar dan kita harap penggunaannya akan diperluaskan lagi hingga ke seluruh negara kelak.

“Kita harap gotong royong ini akan bantu terutamanya untuk didik masyarakat untuk sentiasa jaga kebersihan,” katanya lagi. – Sinar Harian Online

 

<iframe width=”420″ height=”315″ src=”https://www.youtube.com/embed/VJ-Zb9aAU4s” frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe>

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori