Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

SMK Pekan Nabalu Akan...

TUARAN - Sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) akan dibina berdekatan kaki Gunung Kinabalu...

Video: Bekas Tunang Zayn...

BEKAS tunang Zayn Malik, Perrie Edward akhirnya tidak dapat menahan kesedihan berikutan beritanya...

Penjenayah Guna WeChat Culik...

JOHOR BAHRU - Kegiatan sekumpulan penjenayah yang menggunakan aplikasi WeChat untuk mencari mangsa...

Kerajaan Berusaha Pulih Kedudukan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan persekutuan akan berusaha memulihkan kedudukan politik Sabah dan Sarawak...

Billboard ‘Bebas Anwar’ Ghaib Pun Salah BN?

SALAH seorang pakar strategi tentera Nazi Jerman era Perang Dunia Kedua, Paul Joseph Goebbels pernah berkata bahawa “pembohongan yang diucap berulang kali oleh seseorang lama-kelamaan ia pasti akan dipercayai jua.

Begitulah gambaran senario politik di Malaysia apabila pihak pembangkang di Malaysia begitu rajin mereka cerita fitnah mengenai sesuatu isu sensasi sehingga ia langsung dipercayai majoriti rakyat sebagai betul waima ia palsu.

Strategi jahat ini amat aktif digunakan pembangkang sebenarnya bagi menutup kelemahan dalam urus tadbir negeri-negeri dikuasai mereka apabila rakyat di negeri terbabit mula mengeluh keadaan hidup semakin teruk.

Terbaharu, pentadbir laman sosial propembangkang #BebasAnwar menyiarkan artikel mengenai beberapa billboard atau papan iklan besar tepi jalan memaparkan kempen ‘Bebas Rakyat, Bebas Anwar‘ di Selangor.

Ia menunjukkan pemimpin pembangkang itu, Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan atas kesalahan liwat berucap dengan ayat berbunyi: “Saya akan berjuang demi kebebasan dan keadilan. Saya tidak akan menyerah kalah.”

Difahamkan billboard ini banyak dipasang di kawasan strategik termasuk di Pulau Pinang sebagai ‘membakar’ semangat penyokong mereka konon tokoh itu bakal dibebaskan jika pembangkang berjaya memerintah Malaysia.

Malangnya, ada juga poster itu tiba-tiba didapati hilang dan dengan selamba #BebasAnwar mendakwa: “Wow! Tak sampai 48 jam, billboard gergasi “BebasAnwar dihebahkan, pihak lawan sudah seperti cacing kepanasan!

Selepas disiarkan pentadbir #BebasAnwar pada Jumaat, maka puluhan komen negatif muncul menghentam teruk pihak kerajaan BN sebagai konon amat takut sehingga tergamak membuang poster berkenaan setelah ia dipasang.

Lucunya tanpa disedari, komen penyokong pembangkang itu ternyata menyerlahkan lagi kebodohan sendiri kerana ia menunjukkan mereka masih gagal membezakan siapakah yang memerintah negeri tersebut selama ini.


Untuk rekod, Selangor dan Pulau Pinang sudah dua penggal diperintah pembangkang dan semua urusan berkaitan billboard komersial adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dikuasai mereka sendiri.

Pernah beberapa kali billboard yang memaparkan kempen kerajaan BN di kedua-dua negeri itu tiba-tiba hilang pada keesokan hari apabila diturunkan anggota penguatkuasa PBT terbabit dan ini bukan benda rahsia baharu.

Malangnya apabila billboard kempen #BebasAnwar dibuang sendiri oleh pihak PBT di negeri yang dikuasainya, ia adalah sesuatu yang agak kelakar dan membuktikan pembangkang pun tiada koordinasi baik sesama mereka.

Di Pulau Pinang, papan ini dilaporkan dikritik teruk ramai penduduk kerana diletakkan betul-betul di kawasan yang berisiko boleh mencetuskan kemalangan apabila ia didakwa mengganggu penglihatan pemandu kenderaan.

Adakah ini lawak? Belum lagi dapat memerintah Malaysia tetapi hal sekecil billboard pun sudah menunjukkan kebodohan pembangkang dan penyokong mereka yang terkenal dengan tagline wajib: ‘Ini semua mesti salah BN‘.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori