PENYANYI rock tanah air, Awie meluahkan rasa terharu apabila anaknya sudah bersetuju untuk membenarkan dirinya berkahwin lagi selain menerima perkara tersebut dengan hati yang terbuka.
Walau bagaimanapun, Awie turut memberitahu bahawa dirinya masih belum bersedia untuk berkahwin lagi, dan kes perceraiannya juga belum menemui pengakhiran.
“Apabila anak saya cakap, mereka terbuka hati untuk ayahnya kahwin lagi, saya hanya tersenyum dan tergelak dengan telatahnya.
“Tapi saya rasa buat masa sekarang memang tidak terlintas langsung untuk ke arah itu. Kes mahkamah saya pun masih belum selesaiâ€Â
“Lagipun saya lebih selesa sibukkan diri dengan karier seni dan pada masa yang sama banyak luangkan masa bersama dengan anak-anak.
“Perkara seumpama itu amat penting buat kami agar hubungan ini terus akrab dan melihat mereka membesar dengan lebih baik,†memetik kenyataan Awie daripada sebuah portal hiburan.
Dia juga menjelaskan bahawa dia bakal berpindah ke rumah baru kerana ingin melupakan semua memori pahit di rumah lamanya itu. -MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=qLCoU50cDRI]