KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa menziarahi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara di sini pada awal pagi Selasa.
Lawatan Najib ini merupakan kali kedua kerana Abdul Hadi, 68; pernah mendapat rawatan di IJN akibat mengalami masalah pernafasan pada tahun 2014 lalu.
Walaupun berbeza ideologi politik, Najib tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Perdana Menteri dan membuktikan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersama dengan ahli berlainan parti.
Sementara itu, Najib juga berkesempatan telah menziarahi bekas pegawai penerangan khasnya, Datuk Nasir Safar yang dimasukkan ke wad di sebuah hospital tempatan.
Nasir, 61; juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Pulai Sebatang. Di peringkat politik, dia pernah menjadi Timbalan Ketua UMNO Tanjung Piai, Johor.
-MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=0ALIv3xK-No]