GELANGGANG tenis yang ditempatkan di rumah agam lama dan terletak di luar bandar Melbourne ini bukan biasa-biasa.
Molecule adalah firma arkitek terkenal Australia yang bertanggungjawab membina kelainan di kediaman mewah seluas 2,500 meter persegi itu.
Diberikan nama The Wayne Residence kerana terdapat ‘gua kelawar’ di dalamnya seperti filem The Dark Knight, gelanggang tenisnya turut memiliki misteri tersendiri.
Dan apabila rahsia di bawah gelangang tenis rumah agam ini didedahkan kepada Domain Australia, ianya segera menjadi perhatian masyarakat.
Jarrod Haberfield dari Molecule berkata: “Gelanggang tenis ini memerlukan masa seminit untuk (sistem hidraulik) berfungsi bagi mengangkat dan seminit juga, untuk menutupnya semula.â€Â
Rupa-rupanya, di bawah gelanggang tenis tersebut adalah garaj bawah tanah yang turut diinspirasikan dari filem Batman. \
Ianya diperindah dengan limpahan cahaya LED di lantai dan lampu siling bergaya.
Dibina 20 kaki ke bawah tanah, ianya dijadikan tempat meletak koleksi kereta mewah pemilik rumah agam tersebut. Memang stail kan! – MYNEWSHUB.CC