DENGAN berakhirnya tahun 2015, banyak kemajuan teknologi dapat dilihat pada tahun lepas yang mana ia membawakan pelbagai perkara positif dan negatif kepada dunia.
Seperti di dalam acara CES 2016 yang berlangsung baru-baru ini, pelbagai produk teknologi baru dapat dilihat yang mana kemuncak acara berkenaan adalah pengenalan teknologi realiti maya buat julung-julung kalinya.
Di mana dalam acara tersebut pihak Valve bersama dengan pihak HTC telah membuat kejutan mengumumkan peranti realiti maya pertama mereka.
Jadi buat tahun ini, peranti apakah yang akan dinanti-nantikan oleh orang ramai serta teknologi manakah yang bakal menghangatkan suasana?
HTC Vive
Inilah masa depan permainan komputer.
Kebanyakkan syarikat gergasi elektronik dunia nampaknya telah berlumba-lumba untuk menghasilkan prototaip pertama mereka.
Dinamakan sebagai Vive, peranti ini menyokong teknologi Steam VT dan akan dipasarkan kepada pengguna umum sekitar April 2015 kelak.
Menggunakan HTC Vive, ia membawa kepada penggunaan realiti-maya yang lebih baik dan realistik berbanding beberapa peranti lain dipasaran.
HTC turut mengumumkan mereka akan memperluaskan penawaran peranti realiti-maya mereka kepada pembangun sebanyak 7000 unit pada awal 2016.
Sekaligus membolehkan pembangun bersedia dengan aplikasi dan kandungan mereka untuknya apabila ia dijual kepada pengguna.
Oculus Rift and Touch
Tidak ketinggalan, Facebook juga nampaknya berminat untuk ‘terjun’ ke arena realiti maya ini apabila pada tahun lepas, mereka telah mengambil alih syarikat Oculus Rift yang juga merupakan antara perintis awal teknologi ini.
Mark Zuckerberg mengatakan yang mana Facebook sedia menyediakan dunia yang terbuka dan menghubungkan pelbagai perkara melaluinya.
Mereka turut melabur pada platform mudah-alih, dan bercakap mengenai teknologi dan platform akan datang adalah platform realiti-maya.
Facebook mengatakan yang mana Oculus akan terus beroperasi secara bebas didalam Facebook, dan akan memfokuskan kepada permainan untuk permulaan ini.
Ia dikatakan permainan hanya sebagai permulaan, dan selepas ia, Oculus akan dijadikan platform untuk pelbagai perkara – terutamanya memfokuskan kepada platform komunikasi, dimana pengguna boleh berhubung dengan merkea yang dihendaki dengan hanya memakai peranti tambahan di kepala mereka.
Sony PlayStation VR
Sony telah mengumumkan PlayStation VR mereka sebelum ini, iaitu sebuah headset yang juga untuk penggunaan di dalam teknologi realiti maya.
Meraka menawarkan pengalaman permainan yang lebih baik dan berbeza ketika menggunakan konsol.
Pihak Sony juga telah memperlihatkan beberapa permainan yang akan hadir ke platform baru ini kelak.
Ia mungkin sesuatu yang dijangka untuk melihat permainan bergenre seram dan aksi hadir ke platform VR ini, tetapi agak menarik untuk melihat permainan seperti perlumbaan turut tidak dilupakan.
Microsoft HoloLens
Microsoft ketika pengumuman produk baru mereka tempoh hari, turut berjaya mencuri perhatian ramai dengan demo HoloLens mereka, iaitu sebuah peranti memfokuskan kepada mixed-reality.
Nampaknya, seperti beberapa peranti lain, Microsoft mungkin menawarkan HoloLens sebagai sebuah peranti rujukan dan turut bekerjasama dengan pengeluar lain dalam penawaran lebih kurang sama.
Dijangkakan harga penawaran peranti ini akan berada di dalam suku awal 2016 dan berharga AS$ 3000 (kira-kira RM12,000).
iPhone 7 and 7 Plus
Banyak ura-ura yang kedengaran mengatakan Apple bakal menggantikan butang ‘home’ sedia ada kepada fungsi terbaru mereka iaitu touch dan ia juga tidak akan dilengkapi dengan jack fon, digantikan terus dengan port Ligtning untuk sambungan audio.
Dengan penggunaan port Lightining, ketebalan iPhone 7 akan dapat dikurangkan berbanding iPhone 6S sekarang.
iPhone 6C
Apple pada sebelum ini telah sedia menawarkan iPhone 5c dan perkara ini juga membuatkan orang ramai menanti-nantikan peranti pertengahan mereka, iaitu tidak lain tidak bukan iPhone 6C.
Dilaporkan, beberapa minggu yang lepas,pihak Apple sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan sebuah telefon pintar pada harga yang lebih rendah, yang mana ia mungkin adalah peranti yang diperkatakan.
Apple Watch 2
Apple Watch telah diperkenalkan pada tahun lepas, dan masih belum memasuki pasaran Malaysia secara rasminya sehingga kini.
Namun, perkara berkenaan tidak mengelakkan Apple daripada memperkenalkan kemaskini untuknya, dan kini desas-desus dan ura-ura baru hadir mengatakan Apple dalam perancangan untuk membuat sebuah acara pengumuman khas sekitar Mac 2016 kelak.
Nintendo NXÂÂ
Nintendo ialah nama besar di dalam dunia permainan konsol. Bagi penggemar permainan konsol tua seperti kami, konsol Nintendo adalah antara konsol awal yang membuatkan kami jatuh cinta dengan dunia permainan komputer.
Namun di dalam saingan konsol generasi terkini nasib tidak menyebelahi Nintendo kerana Wii-U tidak mampu bersaing dengan PlayStation 4 dan Xbox One.
Nintendo NX ialah taruhan terkini mereka bagi bersaing dengan Sony dan Microsoft.-MYNEWSHUB.CC
Sumber: Dopeupdates