Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KBS Pertimbang Hoki Lelaki...

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mempertimbangkan cadangan supaya skuad hoki...

Jangan Jual, Main Mercun...

KUALA LUMPUR - Polis mengingatkan orang ramai untuk tidak membeli, menjual, memiliki atau...

6 Doktor Kacak Di...

PEKERJAAN doktor sememangnya mulia kerana sumbangan mereka kepada masyarakat. Doktor terpaksa belajar lebih kurang 5...

Ingin Belajar? Universiti Bukan...

LULUS peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang bukan lagi menjadi suatu kebanggaan....

Wajah Putera George Sehingga Umur 60, Ramal Ahli Sains

PUTERA George, 2 tahun; kelihatan sungguh comel dengan gayanya yang bersahaja di depan lensa telah menambat hati ramai peminat keluarga diraja England.

Kehidupan anak sulung pasangan Putera William dan Kate Middleton ini pasti menjadi perhatian sehingga dia dewasa kelak.

Baru-baru ini, ahli sains di Universiti Bradford telah menguji kebarangkalian wajah Putera George pada umur 7, 20, 40 dan 60 tahun.

Ia melalui satu perisian penuaan yang dibangunkan oleh profesor pengajian Pengkomputeran Visual, Hassan Ugail.

Penggunaan algorithm yang akan menganalisis ciri-ciri wajah digabungkan dengan data keturunan telah mencipta potret individu pada peringkat umur tertentu.

prince-george1
Gambar perbandingan Putera George bersama gambar Kate Middleton dan Putera William sewaktu kanak-kanak

“Kami ambil ini – lebih kurang 30 hingga 40 ciri wajah – dan kami guna ciri wajah ini; kami petakan ia di dalam mesin dan kemudian kami hasilkan ikut umur.” ujar Hassan Ugail kepada The Mirror.

Inilah hasilnya! Wajah Putera George pada usia 7 tahun.

princegeorge-1

 

Pada usia 20 tahun, dia ada iras ayahnya, Prince William.

princegeorge-2

 


Prince George seakan-akan iras Bradley Cooper pada usia 40 tahun.

princegeorge-3

 

Dan pada usia 60 tahun, Putera George yang mungkin pada waktu itu telah menjadi Raja England pada tahun 2073 dijangkakan mempunyai iras Liam Neeson.

princegeorge-4

 

Keputusan imej-imej ini dikatakan 80% tepat. Tapi hanya waktu sahaja dapat membuktikannya.

Perisian ini sesuai digunakan untuk membantu polis mencari kanak-kanak hilang. Sekarang Profesor Ugail sedang menukarkan perisiannya ke dalam bentuk aplikasi.

Semoga penambahbaikan perisian ini akan menemukan lebih ramai kanak-kanak hilang di masa depan. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: The Vocket

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=_UVtQagmqTI]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori