Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis Rampas Dadah RM7.74...

ALOR SETAR: Polis menahan sembilan suspek dan merampas dadah jenis syabu dan ganja...

Latihan Serang Pangkalan AS...

SEOUL - Pelancaran empat peluru berpandu oleh Korea Utara, semalam adalah latihan untuk...

Dani Pedrosa Juarai GP...

SEPANG - Penunggang Sepanyol, Dani Pedrosa muncul juara Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia...

PABM 2017: 25 Layak...

BANGI - Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM 2017) Piala Perdana Menteri yang...

Siapakah sebenarnya Insan Yang Bernama Rashid ini?

TERUS terang kami katakan, pengguna media sosial dewasa ini segelintirnya tidak mempunyai sikap yang matang dan mungkin ada antaranya yang tersangat menginginkan perhatian.

Lihat sahaja di ruang-ruang media sosial, sama ada di Facebook, Instagram atau Twitter. Boleh dikatakan golongan ‘adik’ ini sentiasa memuat naik sesuatu gambar atau status yang memaparkan kekhilafan diri.

Anda boleh lihat jenis manusia yang terdapat di ruang timeline, ada yang jenis kaki buat aduan tidak bersasas, kaki selfie (paling banyak), kaki bodek, rasa diri popular, dan mahupaun ustaz segera yang boleh dijumpai.

Dek disebabnya perkara-perkara sebegini, maka munculnya beberapa laman Facebok parodi yang diwujudkan demi memberi peringatan secara sindiran pedas buat golongan ini.

Tidak terkecuali, laman ‘Jadilah Seperti Rashid‘ kini menjadi sebutan pengguna sosial media disebabkan mesej pembawaan mereka yang agak kreatif di samping sindiran yang bagi kami amat berguna.

Laman ini kalau dilihat sama konsepnya dengan sebuah page di luar negara, Be Like Bill yang mewujudkan watak kartun sama tetapi namanya Bill.

Apa yang menarik watak Rashid ini diwujudkan bersesuaian dengan apa yang berlaku di Malaysia. Jom kita saksikan kartun-kartun watak Rashid dengan nasihat-nasihatnya yang tersendiri. – MYNEWSHUB.CC

c

c2


c3

c4

c5

c6

c7

c8

c9

c10

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori