Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Badak Ditembak Mati Di...

PARIS - Beberapa individu tidak dikenali berjaya menceroboh Zoo Thoiry dekat sini kelmarin...

Mohon Kad Veteran Untuk...

KANGAR - Setiap bekas tentera perlu memohon kad veteran tentera bagi mempermudahkan urusan...

Kes HFMD Meningkat 17.8%...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 23,454 kes penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan...

Halang Ambulans: Pemandu Beri...

PEMANDU Perodua Myvi yang pernah menjadi tular di media sosial kerana menghalang laluan...

Pendaki Wanita Negara Cedera Terjatuh Di Gunung Aconcagua

PUTRAJAYA – Pendaki wanita negara, Siti Hanisah Sharuddin, yang kini dalam misi melengkapkan pendakian ke tujuh puncak tertinggi dunia, cedera selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Aconcagua, Argentina semalam.

Presiden Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B), Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata Siti Hanisah, 26; terpaksa dibawa turun dari gunung itu menggunakan helikopter sebelum dibawa ke hospital.

“Bagaimanapun, saya belum dapat maklumat secara terperinci lagi mengenai keadaan beliau,” katanya, sambil menambah keadaan kecederaan Siti Hanisah hanya akan diketahui esok selepas menjalani ujian x-ray di hospital.

Muhamad Muqharabbin dalam satu kenyataan hari ini berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan Siti Hanisah dan berjaya mencipta rekod sebagai wanita Malaysia pertama mendaki tujuh puncak gunung tertinggi di tujuh benua dunia.

Pendakian Siti Hanisah dalam misi yang dinamakan KE7B Srikandi Tujuh Benua itu turut mendapat sokongan tajaan daripada IM4U.

IMG-20160113-WA0007
Pendaki wanita negara, Siti Hanisah Sharuddin, 26.

Siti Hanisah sebelum ini telah berjaya menawan puncak tertinggi di benua Afrika iaitu Gunung Kilimanjaro, Puncak Elbrus di benua Eropah, Puncak Kosciuzco di benua Australia selain Gunung Everest di benua Asia.


Beliau turut memegang rekod sebagai pendaki Everest Malaysia termuda ketika usia 23 tahun pada 2013.

IMG-20160113-WA0002

Sementara itu, seorang lagi pendaki dari Johor, Mohd. Khafiz Bachok yang mengiringi pendakian Siti Hanisah, berjaya sampai ke puncak Aconcagua iaitu gunung tertinggi di benua Amerika Selatan dengan ketinggian 6,962 meter. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori