Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MCA Tidak Pernah Minta...

PORT DICKSON - Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa MCA pernah meminta...

Op Selamat 12: 8,768...

MELAKA - Sebanyak 8,768 saman melibatkan pelbagai kesalahan dikeluarkan polis menerusi Op Selamat...

Najib Gesa Cari Penyelesaian...

KUALA LUMPUR - Merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 di sini hari ini, Datuk...

Stadlen Tinggalkan Malaysia Sebelum...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Urusan Apco Worldwide Malaysia, Paul Geoffrey Stadlen yang...

Manfaatkan Pengetahuan Denggi Dengan Tindakan Hapus Aedes

PUTRAJAYA – Orang ramai harus memanfaatkan pengetahuan mengenai denggi dengan bertindak memusnahkan tempat-tempat pembiakan Aedes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata mereka perlu mengubah sikap dengan mengutamakan kebersihan di kawasan masing-masing.

“Pengetahuan rakyat Malaysia mengenai denggi amat tinggi iaitu kira-kira 94 peratus. Mereka tahu tentang denggi, mereka tahu di mana tempat pembiakan nyamuk Aedes tetapi mereka tidak berusaha memusnahkannya.

“Justeru itu, ia bukannya kurang pengetahuan sebaliknya mereka perlu memanfaatkan pengetahuan itu dengan mengubah sikap, dan inilah cabaran kami dalam menangani masalah denggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDi) dan Clinical Research Malaysia mengenai kajian klinikal pendekatan kesihatan awam terhadap Hepatitis C di Malaysia di sini, semalam.

Sebelum ini, Dr Subramanianm dilaporkan berkata bahawa kes demam denggi dijangka meningkat tahun ini.


Sementara itu, Dr Subramaniam berkata kementerian sedang mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan antara RM250 juta dan RM300 juta khususnya dengan meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pembaziran berikutan tahun baharu 2016 yang mencabar.

Kementerian Kesihatan akan mengurangkan jumlah lawatan ke luar negara bagi menghadiri persidangan, mesyuarat dan latihan serta memaksimumkan pengunaan medikasi generik dan budaya preskripsi untuk mengurangkan pembaziran, katanya.

“Kami memahami cabaran ekonomi yang dihadapi negara ini.

“Sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan, ada perkara yang kita boleh dan tidak boleh kurangkan. Tetapi, kami telah memberitahu bahagian-bahagian dan negeri-negeri supaya mengurangkan apa juga perbelanjaan yang mungkin. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]dESz9rE7RA4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori