Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

MB Perak Persembah Senarai...

IPOH - Pakatan Harapan (PH) Perak akan mempersembahkan senarai nama calon exco kerajaan...

‘Kad Jemputan Dah Edar,...

ISLAM telah menganjurkan setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga agar mengenali terlebih...

Tewas 1-0, Mourinho Sinis...

JOSE Mourinho menyalahkan pemain bintangnya selepas tewas kepada Brighton di Stadium Amex awal...

UFC Boleh Simpan Duit...

MAKHACHKALA - DAGESTAN. Khabib Nurmagomedov berkata UFC dan Suruhanjaya Atletik Nevada (NAC) boleh...

Penghantar Piza Perlu Tahu Hak Mereka – Datuk Nadzim Johan

ARTIKEL ini adalah laporan susulan bagi kupasan bertajuk Isu Rider Piza Maut: Salah Sistem Atau Pelanggan Tidak Sabar? yang diterbitkan di Mynewshub,semalam.

Kematian seorang penghantar piza di Teluk Intan yang menimbulkan isu tentang keselamatan dan hak-hak pekerja syarikat francais makanan segera di negara ini, mendapat perhatian daripada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Dalam satu temubual telefon, Nadzim terlebih dahulu menekankan aspek kredibiliti penghantar piza itu sendiri.

“Pertama sekali, mereka perlulah lebih berhati-hati semasa menjalankan tugas mereka. Penghantar piza menghabiskan seharian waktu bekerja mereka di atas jalan raya, jadi mereka harus mempunyai persiapan mental dan fizikal sepatutnya seperti helmet, jaket kalis air, lesen kelas B2 penuh yang sah dan lain-lain.”

BACA: Isu Rider Piza Maut: Salah Sistem Atau Pelanggan Tidak Sabar?

Selain daripada itu, Nadzim juga menyarankan agar para penghantar piza lebih celik mengenai hak mereka sebagai pekerja, seperti yang sudah termaktub di dalam Undang-Undang Buruh dan kontrak perkhidmatan mereka.


“Organisasi yang berkenaan perlulah memberi jaminan kepada pekerja anda dari sudut perlindungan seperti kad perubatan, insuran hayat, latihan yang sewajarnya, serta prosedur operasi standard (SOP) yang munasabah,” kata Nadzim lagi.

Sementara itu, mengenai peranan PPIM sebagai satu organisasi yang melindungi hak pengguna, Nadzim berkata PPIM juga memandang serius isu keselamatan di tempat kerja.

“PPIM amat menitikberatkan perlindungan untuk pekerja. Dalam hal ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melakukan tugas mereka dengan baik sekali. Selain itu, ahli keluarga juga harus memastikan anak-anak mereka yang bekerja sebagai penghantar piza dilengkapi dengan lesen yang sah dan motosikal yang berfungsi dengan baik.

“Isu ini harus lebih diberi perhatian agar kematian semasa melakukan pekerjaan tidak lagi berlaku pada masa akan datang,” tegas Nadzim menutup perbualan. - MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=qt-gzI8WB-M]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori