Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dua Penaja JDT Tarik...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim mengesahkan...

Nurul Izzah Minta JPP...

BUKIT MERTAJAM - Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat...

Victoria Beckham Dikritik, Gara-gara...

MUNGKIN Victoria Beckham hanya ingin menunjukkan cintanya kepada anak perempuannya, tetapi netizen menganggap ia...

Penderma Darah Sweden Terima...

SOALAN pertama dari kami ialah pernahkah anda menderma darah?Bagi yang pernah, tahniah kami...

Proton Dijangka Naikkan Harga Kereta Selepas Tahun Baharu Cina

PETALING JAYA – Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd mungkin perlu menaikkan harga keretanya selepas Tahun Baharu Cina pada Februari ini memandangkan kos mengimport komponen meningkat disebabkan penyusutan ringgit.

“Ringgit kini lebih rendah berbanding setahun lalu, yang mempengaruhi harga komponen import kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Harith Abdullah selepas perlantikan pengedar baru di sini hari ini.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.3930/4000 berbanding dolar AS, jauh berbeza daripada paras 3.57 semasa didagangkan pada masa yang sama tahun lepas.

Harith berkata Proton berusaha sedaya upaya untuk tidak menaikkan harga sehingga Tahun Baharu Cina bagi membolehkan pelanggannya menikmati kereta baharu pada harga semasa.

Menurut Proton, 20 hingga 30 peratus daripada komponen dalam kenderaannya diimport.


Honda Malaysia menaikkan harga kereta keluarannya sebanyak 2 hingga 3 peratus tahun ini, manakala UMW Toyota Motor telah mengumumkan bahawa syarikat juga akan menaikkan harga produknya sebanyak 4 hingga 16 peratus mulai bulan ini.

Mitsubishi Motors Malaysia juga telah membayangkan akan mengambil langkah yang sama. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]jFfJS_fYi5A[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori