Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

NGO Kesal Syed Saddiq...

JOHOR BAHRU - Angkatan Demokrasi Milenial Bersekutu (Muda) kesal apabila nama parti baharu...

Musa Aman Dipanggil Ke...

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dipanggil ke ibu...

MABA Tamat Khidmat Kontraktor...

KUALA LUMPUR - Kontraktor produksi siaran langsung pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala...

Kisah Raja Belanda Jadi...

HANYA segelintir daripada 17 juta rakyat Belanda tahu raja mereka mempunyai hobi menerbangkan...

Charlie Hebdo Tidak Pernah Serik, Kali Ini…

PARIS – Majalah satira sensasi Perancis, Charlie Hebdo dikecam semalam selepas mendakwa seorang kanak-kanak pendatang yang mati lemas mungkin menjadi penyerang seksual jika dia masih hidup.

Ia jelas merujuk imej mayat Aylan Kurdi pernah mengejutkan masyarakat antarabangsa apabila disiarkan semua akhbar utama di seluruh dunia September lalu.

Sejak itu, majalah berkenaan menyiarkan beberapa kartun dengan memberi tumpuan pada kanak-kanak Syria tersebut yang mayatnya ditemui terdampar di pantai Turki.

Kartun terbaharu dikaitkan Charlie Hebdo dengan kanak-kanak Muslim itu menggambarkannya dengan sekumpulan migran yang melancarkan serangan seksual di bandar Cologne, Jerman ambang Tahun Baru lalu.

Dalam kartun itu, Aylan digambarkan sudah dewasa, cuba mengejar seorang wanita seksi tempatan bagi mengajuk tindakan biadap migran Syria terhadap golongan Hawa tersebut ketika sambutan 2016 pada 31 Disember lalu.

Majalah itu yang pejabatnya pernah menjadi sasaran serangan kumpulan Islam awal tahun lalu mendakwa, kartun terbaharunya itu hanya untuk menggambarkan sentimen anti-Islam dan pendatang asing.


Bagaimanapun, ia dikecam secara meluas menerusi media sosial dan dituduh berbaur perkauman serta cuba menyebarkan kebencian dalam kalangan masyarakat.

Pengguna Twitter menyifatkan kartun terbaharu itu sebagai ‘memualkan.’

Kartun kontroversi itu diterbitkan pada ulang tahun pertama pejabat majalah itu menjadi sasaran serangan anggota al-Qaeda yang menyebabkan 11 orang, termasuk kartunis, mati.

Penyerang menuduh Hebdo menghina Nabi Muhammad (SAW). – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori