Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Serang Guna Parang: 3...

JOHOR BAHRU - Tiga remaja lelaki yang terlibat dalam kes mencederakan seorang peniaga...

Abam Bocey Jemput 1...

JIKA kebanyakan selebriti tanah air kini ramai yang 'merahsiakan' majlis perkahwinan, Abam Bocey...

Aksi Ghairah Di Kolam...

KOTA KINABALU - Gambar dua individu dipercayai lelaki dan wanita sedang mandi sambil...

Bekas Anggota Polis Maut...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas anggota polis dijumpai mati dipercayai terjatuh dari tingkat...

Kepong BC Akhiri Cabaran Di Tangga Ketiga

GENTING HIGHLANDS – Juara bertahan, Kelab Badminton Kepong (Kepong BC) menamatkan kempen Cabaran Juara-juara Resorts World Genting di tangga ketiga selepas menjinakkan Ampang Jaya BC 9-2 di sini hari ini.

Kemenangan itu membolehkan kelab itu membawa pulang RM68,000 manakala Ampang Jaya BC pula memperoleh RM48,000.

Pemain Hong Kong, Wei Nan terpaksa berhempas pulas ketika menentang Lee Cheuk Yiu dari Ampang Jaya BC sebelum menang 3-2 (6-11, 11-6, 7-11, 11-6, 11-9) dalam acara perseorangan lelaki.

Deng Xuan dari China melebarkan kelebihan Kepong BC kepada 6-2 selepas mengalahkan Desiree Siow Hao Shan 3-0 (11-8, 11-6, 11-10) dalam perseorangan wanita sebelum beregu campuran, Ong Jian Guo/Mei Qi Li menundukkan Kuan Kam Chung/Anna Cheong Ching Yik 3-0 (11-8, 11-10, 11-10) bagi mengesahkan kemenangan kelab itu.

Pengurus pasukan Kepong BC, Wong Kok Wai memuji persembahan anak buahnya tetapi mengakui kecewa selepas tewas 10-11 kepada Puchong United BC di separuh akhir semalam.


“Sememangnya saya kecewa dengan kekalahan semalam tapi itu adalah realiti yang harus diterima. Secara keseluruhan, saya puas hati dengan persembahan pemain di kejohanan ini serta Purple League,” kata Wong.

Beliau juga berkata pihaknya sedang mengenal pasti pemain untuk diambil mewakili kelab itu musim depan tetapi mengakui ia bergantung kepada bajet mereka.

Wong mengakui kelab yang bertanding perlu menyediakan jumlah wang yang besar untuk mendapatkan pemain import terkemuka mewakili pasukan masing-masing. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori