Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Masih Solo, Belum Dimiliki...

NAMA penyanyi, Ayda Jebat menjadi bualan hangat gara-gara tindakannya memuat naik gambar sebuah...

Nicki Minaj Minta Rakan...

RAPPER terkenal Nicki Minaj rupanya ada menyimpan hasrat untuk menjadi seorang ibu dan...

Raih Manfaat Pembangunan Jika...

KUDAT – Semua pihak akan meraih manfaat dalam proses pembangunan negara, negeri dan...

Kelantan Kekal Tuntut Royalti...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan kekal dengan tuntutan royalti minyak lima peratus seperti...

Kerajaan Terus Komited Perangi Sebarang Bentuk Keganasan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan terus komited memerangi habis-habisan sebarang bentuk keganasan dan sikap perkauman serta keagamaan melampau.

Beliau berkata usaha itu penting bagi mengekalkan keamanan, keharmonian dan keselamatan di negara ini.

“Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan pelbagai berita serangan ganas di Jakarta, Istanbul dan Paris yang telah mengorbankan nyawa orang awam yang tidak berdosa.

“Ingin saya tegaskan bahawa Malaysia akan terus komited dalam memerangi habis-habisan sebarang bentuk keganasan dan juga sikap perkauman dan keagamaan melampau.

Ini penting bagi mengekalkan keamanan, keharmonian dan keselamatan di negara ini,” katanya dalam catatan Facebook beliau, hari ini.


Khamis lepas, tujuh orang – lima pengganas dan dua orang awam – disahkan terkorban dalam insiden serangan keganasan di Jakarta, Indonesia.

Susulan insiden itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia meningkatkan amaran keselamatan negara ke tahap paling tinggi bagi mengelak insiden seumpama itu berlaku di Malaysia. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]XflOyzv50p8[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori