Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PasMa Entiti Berdiri Sendiri,...

Tak sebulu dari dulu. Itu perkara jelas yang sering terjadi dalam kepimpinan PAS...

“Saya Hanya Menguji Sistem...

SEORANG lelaki warga emas di bandar Taiyuan, utara China kantoi cuba mencuri di...

Pelakon Watak ‘Mini Me’...

LOS ANGELES - Verne Troyer yang terkenal dengan peranan sebagai 'Mini Me' dalam...

Gempa Bumi Gegar Rantau...

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 skala Richter melanda rantau kepulauan...

Antara Perkara Asas Pemakaian ‘Braces’…

Bercadang untuk memakai pendakap gigi untuk kelihatan lebih berkeyakinan? Kami kongsikan beberapa perkara asas tentang pemakaiannya, supaya anda lebih bersedia dan tidak mempunyai sebarang kekeliruan tentangnya.

d552d655433cdd260ad0d4fad24ed602

Survey.

Survey mana-mana khidmat pakar ortodontik yang anda mahu. Minta pendapat rakan anda yang belajar dalam bidang ini. Mereka selalunya tahu mana satu doktor yang bagus. Anda juga boleh bertanya kepada rakan-rakan anda yang pernah mendapatkan rawatan pendakap gigi. Lihat hasil kerja doktor rakan anda pada gigi mereka.

Jarak.

Pastikan anda tidak mempunyai masalah untuk membuat kunjungan bulanan ke klinik ortodontik yang anda pilih ini. Hal ini disebabkan anda akan perlu membuat kunjungan bulanan untuk menukar getah dan untuk doktor memeriksa gigi anda.

Kos.

Jangan segan untuk bertanya tentang kos. Kenal pasti berapa kos yang anda perlu bayar sebagai pendahuluan, bulanan, untuk retainer dan sebagainya. Terdapat beberapa jenis pendakap gigi juga. Baca tentang jenis-jenis pendakap gigi yang ada dan bincang dengan pakar ortodontik anda.


Kontrak.

Pemakaian pendakap gigi memerlukan anda untuk menandatangani kontrak dengan klinik tempat anda dapatkan rawatan. Baca betul-betul isi kandungannya.

Travel kit ubat gigi dan berus gigi.

Setelah memakai pendakap gigi, anda mungkin akan mudah berasa kurang rasa selesa selepas makan. Bawa travel kit ubat gigi dan berus gigi dalam handbag/bag kerja/kereta anda untuk masa-masa ini. Dapatkan juga mini berus, yang boleh digunakan untuk membersihkan celah-celah pendakap gigi anda.

Disiplin.

Jika pakar ortodontik anda memesan untuk tidak makan makanan yang perlu dicarik dengan gigi seperti pizza untuk beberapa ketika, jangan makan. Chewing gum pun tidak boleh sepanjang anda dapatkan rawatan. Pemakaian pendakap gigi mahal harganya jadi pastikan anda adalah seorang yang betul-betul berdisiplin.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=wh1i-b-TX1g]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori