Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Inilah Antara Ayam Paling...

Apa agaknya yang membuatkan ayam jantan dalam klip di bawah begitu sekali marah...

Gesaan Agar Tembok Dibina...

BUKIT KAYU HITAM - Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Datuk Zaini...

Perak Kecewa Sikap Syarikat...

IPOH - Kerajaan negeri Perak kecewa dengan kecuaian sebuah syarikat swasta menjaga bekas...

Dewan Rakyat Kecoh Isu...

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat kecoh apabila wakil-wakil pembangkang terguris dan berang...

Whatsapp Kini Percuma! Tiada Lagi Langganan Tahunan

WHATSAPP messenger ialah aplikasi pemesejan mudah alih paling popular di dunia, di mana sehingga kini jumlah penggunanya dikatakan melebihi 1 Billion.

Kepopularannya aplikasi ini menyebabkan ia dibeli oleh Facebook pada harga AS$19 Billion.

Sebelum ini pengguna perlu membayar yuran tahunan sebanyak AS$0.99 (RM4.36) setahun.

Hari ini mereka mengumumkan bahawa yuran tahunan ini tidak akan lagi dikenakan dan perkhidmatan mereka kini percuma sepenuhnya.

Kepada pelanggan yang sudah membayar yuran tahunan, tiada pulangan wang akan diberikan.

WhatsApp mengesyorkan mereka tidak akan meletakkan iklan di dalam aplikasi ini bagi menjana keuntungan.


Sebaliknya mereka menjana pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan kepada perniagaan ataupun organisasi tertentu.

Sebagai contoh di masa hadapan WhatsApp boleh digunakan untuk berhubung secara rasmi dengan bank ataupun syarikat penerbangan sebagai saluran perhubungan rasmi.

Dengan jumlah pengguna melebihi 1/7 penduduk dunia, WhatsApp ingin menjadi aplikasi pemesejan yang diperlukan dalam kehidupan seharian.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Whatsappblog

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori