Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Singapura Tutup Portal Antikerajaan...

TEGAS... Setelah malu pendedahan States Times Review mengenai Perdana Menteri, Lee Hsien Loong terlibat...

22 Maut Letupan Berhampiran...

BEIJING - Letupan berhampiran loji kimia di utara wilayah Hebei, China membunuh sekurang-kurangnya...

Baitulmaqdis: PM Batal Ke...

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak membatalkan rundingan tahunan Kerajaan...

Grab Lancar RCoE, Jangka...

PETALING JAYA - Grab hari ini melancarkan Pusat Kecemerlangan Serantau (RCoE) di ruang...

KFC KLCC Enggan Layan Kerja Amal Bantu Gelandangan?

SEORANG pengguna Facebook meluahkan kekesalannya menerusi laman sosial rasmi milik KFC Malaysia berkenaan tindakan salah satu cawangan yang berdolak dalik di dalam pemohonan sebelum ini.

Netizen dikenali dengan nama Shahrul mendakwa pihak KFC di cawangan KLCC itu tidak membenarkan beliau menganjurkan program membawa anak-anak gelandangan makan di premis tersebut.

Difahamkan pada awal perbincangan pihak KFC KLCC bersetuju dan membenarkan Shahrul menganjurkan program kebajikannya di premis berkenaan berserta dengan pemberian diskaun, ihsan dari pihak KFC KLCC.

Bagaimanapun, Shahrul kesal apabila beliau dimaklumkan bahawa programnya terpaksa dibatalkan oleh pihak restoran terbabit.

“Di dalam perbincangan, mereka telah bersetuju membenarkan kami membuat program di sana. Hari ini mereka menolak permintaan kita.

“Salahkah anak-anak gelandangan ini yang tidak berdosa mahu merasa makan di KFC KLCC? Adakah mereka ini terlampau hina di sisi rakyat? Jijikkah mereka pada pandangan KFC KLCC?

“Satu program akan diadakan hari Sabtu ini. Segala perbincangan telah diatur. Namun di saat tiba masanya, program dibatalkan. Sepatutnya kami juga diberikan diskaun untuk anak-anak ini, malangnya diskaun telah ditarik balik.

“Bagi pihak kami ingin merealisasikan impian anak-anak ini. Kami berbincang agar bayar makanan mereka tanpa diskaun. Tetapi mereka tetap menolak juga. Pihak pengurusan KFC KLCC tidak membenarkan mereka beli makanan seperti rakyat biasa.


“Persoalan saya, kenapa? Adilkah mereka? Mereka juga rakyat Malaysia cuma nasib mereka tidak berapa baik seperti kita. Takdir yang menjadikan mereka begitu,” tulisnya di laman Facebook rasmi KFC.

Bagaimanapun, setelah perkara tersebut tersebar di media sosial, pihak KFC telah memohon maaf dan meminta Shahrul menghubungi mereka kembali agar dapat menyelesaikan kesulitan yang berlaku.

kepci2

“Hi Shahrul, kami memohon maaf di atas kesulitan yang anda hadapi di KFC KLCC. Sila kongsi maklumat anda (seperti nombor telefon & emel) agar kami dapat berhubung dengan anda untuk tindakan yang selanjutnya. Kerjasama anda amat kami hargai. Sekian, terima kasih,” balas KFC.

Bagi kami, pihak KFC di cawangan KLCC tersebut perlu memohon maaf kepada mangsa dan tindakan tatatertib perlu diberikan kepada pegawai perkhidmatan yang bersikap tidak profesional itu. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • KFC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori