Thursday, July 4, 2024

Creating liberating content

Mungkin Inilah Tulisan Tangan...

NEPAL - Sekali imbas, pasti ramai yang menyangka surat Bahasa Inggeris yang ditulis...

Cadangan Henti Skim Pencen...

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk menghentikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bagi lantikan baharu...

Austria’s Next Top Model...

VIENNA - Program televisyen Austria's Next Top Model telah dikecam ramai selepas peserta pertandingan...

Ribuan Serbu Pak Jamal...

KAJANG - Ketika pembangkang lebih sibuk bercakap rakyat menderita konon harga barangan mahal,...

Tiada Jodoh: Adam AF, Fiza Elite Sah Cerai Kali Kedua

TIDAK mahu orang ramai berteka-teki mengenai status rumah tangganya, pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza Halim akhirnya mengakui dia telah pun bercerai dengan Adam AF buat kali kedua.

Menurut Fiza, bintang kelahiran Akademi Fantasia itu melafazkan cerai talak satu terhadapnya di rumah mereka di Gombak, Selangor pada 21 September tahun lalu.

“Kami berpisah cara baik. Saya anggap sudah bukan jodoh untuk kami bersama lagi. Saya minta dia lepaskan saya tanpa dendam di hati. Sekarang masing-masing bawa haluan sendiri.

“Saya mahu kongsi hal ini kerana mahu maklumkan status sebenar. Ini kerana ramai sudah mula bertanya setiap kali saya berjalan tanpa Adam di sisi.

“Malah, Adam sudah tidak memuat naik gambar saya di laman Instagramnya. Jadi saya lihat pencerahan ini perlu supaya tak menjadi fitnah pula,” katanya.

Tambah Fiza, dia sudah berusaha sebaik mungkin serta memberi peluang kepada Adam mempertahankan rumah tangga mereka namun malangnya, hubungan mereka semakin hambar.

adam-dan-fiza-sah-cerai-talak-satu

“Kali pertama bercerai, saya masih berharap kami akan terus bahagia. Tetapi semakin lama, semua dilihat semakin kelam. Jadi, pada tahun lalu, saya nekad untuk pisah dengannya. Kami tidak tinggal sebumbung beberapa bulan.

“Malah, pada sambutan Aidilfitri lalu, Adam beraya seorang diri di Sabah. Saya pula beraya dengan keluarga. Malah, tahun lalu, saya diuji dengan kehilangan bapa tercinta.

“Dugaan itu bagai datang bertimpa. Tapi saya kuatkan diri. Saya buat solat istikharah dan minta petunjuk daripada Tuhan. Keputusan lebih condong kepada perpisahan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Fiza enggan mendedahkan punca sebenar perpisahan mereka.


Difahamkan, pasangan ini telah membuat pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu.

IMG_1724

Fiza Elite dan Anak-Anak Terima Adam Sebagai Suami dan Bapa Tiri

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada September 2013 tetapi mereka tidak dikurniakan anak.

Terdahulu, mereka dilaporkan pernah bercerai pada 28 April 2014 tetapi memilih untuk rujuk kembali pada tahun sama.

Dalam pada itu, Fiza akui hubungannya dengan bekas suami pertama, Ahmed Farriq semakin baik.

Hasil perkahwinan dengan Ahmed Farriq, mereka dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryanna, 8, dan Feeya Adyrra, 7. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori