SEKEPING gambar yang dipercayai disunting memaparkan sekumpulan wanita berhijab menyentuh babi menjadi perbualan hangat ramai netizen menerusi laman sosial tempatan.
Gambar tersebut pada mulanya telah disiarkan di beberapa portal tempatan yang mana membuatkan netizen terus menghentam pihak penganjur dengan rata-ratanya mengatakan “tidak belajar daripada kesilapan lalu”.
Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian Mynewshub mendapati bahawa gambar asal memaparkan kumpulan tersebut menyentuh anjing yang dirakam semasa program ‘I Want To Touch A Dog’ pada 2014.
Gambar asal tanpa disunting tersebut milik portal berita The Malay Mail Online, yang dirakam oleh Choo Choy May dan menjadi kontroversi di negara kita ketika itu.
Terdahulu, gambar yang menjadi viral pada hujung minggu lalu itu memaparkan tajuk berita palsu yang bertajuk “I Want To Touch A Pig.â€Â – MYNEWSHUB.CC