Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bayi Parah Digigit Anjing,...

TINDAKAN pasangan kekasih yang mengupah remaja perempuan berusia 15 tahun dengan ganja untuk...

Polis Marin Tambah Aset...

TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga sentiasa berusaha meningkatkan jumlah asetnya...

Peruntukan Subsidi Upah Ditambah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menambah peruntukan program subsidi upah kepada RM13.8 bilion berbanding...

Sindiket Tipu Masyarakat Taiping...

TAIPING - Pihak polis di sini sedang menjalankan sisatan bagi mengesan satu sindiket...

PAS T’ganu Sambut Baik Kerjasama Dengan UMNO Demi Kebaikan Umat Islam

KUALA NERUS – PAS Terengganu menyambut baik cadangan pucuk pimpinan parti itu yang menyatakan kesediaan menjalin kerjasama dengan UMNO bagi menegakkan syiar Islam dan demi kepentingan umat Islam di negara ini.

Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Terengganu, Dr. Alias Razak bagaimanapun berkata kerjasama berkenaan hanya tertumpu kepada program yang melibatkan umat Islam dan tidak melibatkan kerjasama dalam hal politik.

“Untuk kebaikan rakyat, program kemasyarakatan, meninggikan syiar Islam, maka kita bolehlah adakan kerjasama dengan mereka (UMNO),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu berhak menjalin kerjasama dengan UMNO selagi kedua-dua pihak bersedia menerima pandangan masing-masing demi membangunkan syiar Islam dan bukan atas kepentingan politik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori