Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Tiba Untuk Rundingan...

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di...

Pulau Misteri Kini Dipenuhi...

NUKU ALOFA - Sebuah pulau misteri yang muncul selepas berlaku letusan gunung berapi...

Filipina Tarik Balik Penangguhan...

MANILA - Kerajaan Filipina pada Khamis menarik balik penangguhan sementara penghantaran pekerja negara...

Pencuci Kereta Didakwa Bersetubuh...

MELAKA - Seorang pencuci kereta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh di...

Perkongsian Cerita… Sujud Seorang Mak Nyah

LELAKI ini mesra disapa sebagai Abang Long, merupakan seorang penulis yang kini berada di hospital oleh kerana anaknya mengalami demam panas sejak Sabtu lalu.

Ketika berada di sana, dia melalui satu pengalaman yang berbeza. Semoga kita mencontohi Abang Long dalam soal berbuat kebaikan, tanpa kira status dan darjat penerimanya.

Dan semoga kebaikan terus tersebar ke seluruh alam sebanyak-banyaknya. Terima kasih kepada Abang Long kerana sudi berkongsi pengalaman ini untuk dijadikan teladan.

JOM baca kisah Abang Long…

Syukur… Pondan Muktamad Tiada Tempat Di Malaysia

sejadah

Saya pandang wajahnya. Dia tersenyum, dan saya membalas senyumannya yang manis.

Saya pandang sekali lagi. Dia masih pandang ke arah saya.

Kali ini, barulah saya nampak. Rupanya dia menggamit tangan ke arah saya.

Perlahan saya menuju ke katilnya.

“Bang, maaf ya, saya nak minta tolong sikit boleh?” suaranya memang persis seorang gadis.

Saya hanya mengangguk.

Rupa-rupanya, beliau hendak menukar pakaian. Dan merasa agak terganggu dengan jelingan pesakit dan orang ramai.

Beliau ialah seorang Mak Nyah.

Bagi saya. Mak Nyah juga adalah manusia yang ada maruah. Siapa kita untuk memandang hina kejadian mereka ?

Kain langsir ditarik bagi menutupi kawasan sekeliling katil.

Tidak sampai beberapa minit. Pesakit itu memanggil saya kembali.

Kali ini kelihatan dia telah menukar baju dan memakai kain yang disediakan oleh pihak hospital.

“Bang, maaf sekali lagi. Boleh tak abang temankan saya ke bilik air?”

“Boleh,” dengan bersahaja saya menjawab ringkas.

“Saya takut kalau abang rasa malu dengan saya…,” pesakit itu seperti malu-malu meneruskan niatnya.

“Jangan fikir tentang itu, jom pergi sekarang. Kalau awak terkencing terberak di sini… awak lagi malu.”

Tiba-tiba dia ketawa tanpa dapat ditahan.

Orang ramai memerhati telatah kami.


Bila saya pegang tangannya. Terasa benar dia sedang demam. Tubuhnya agak panas.

Timbul rasa kasihan.

Usai menguruskan hajatnya. Dia keluar dari bilik air dengan wajah yang agak lega.

Sebaik tiba di katilnya. Dia terus merebahkan diri dengan segala kelegaan.

Tiba-tiba, dia pegang tangan saya dengan erat dan terus diciumnya. “Terima kasih ya bang,” air matanya mengalir.

Saya hanya menepuk bahunya.

“Tak ada siapa yang nak datang tengok saya. Keluarga saya dah buang saya,” luahnya dalam sendu.

Saya tergamam tetapi mampu menahan diri dari menunjukkan sebarang reaksi.

“Tetapi, saudara kena ingat satu perkara. Allah tidak pernah buang hambaNya. Ini pasti. Sakit juga adalah tanda kasihNya. Kalau saudara nak solat, saya boleh bantu.”

Pesakit itu memandang wajah saya dengan seribu pengharapan.

Jam 5 petang. Dia menggamit ke arah anak saya.

“Abah, orang tu panggil.”

Saya terus ke katilnya semula.

“Bang, saya nak sembahyang, tapi drip air ni?”

Saya hanya tersenyum.

“Islam tu mudah…”

Dan saya uruskan hajatnya untuk sujud kepada Allah.

-MYNEWSHUB.CC

OLEH: KikiLala

Sumber: The Vocket

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=qTZJrXuASpY]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori