Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peserta Pasar Tani Tidak...

KUALA TERENGGANU - Peserta pasar tani di Terengganu bakal disingkirkan sekiranya tidak aktif...

Nasib Tiga Keluarga Mangsa...

MUAR - Nasib tiga waris mangsa kemalangan bas yang terkorban dalam satu tragedi...

3 Projek Pertanian ‘Sakit’...

DUNGUN - Tiga projek pertanian 'sakit' berskala besar di Terengganu akan dimajukan semula...

Pemberontak Syiah Kuasai Sanaa,...

Pemberontak Syiah semalam mengawal pejabat kerajaan dan pangkalan tentera di ibu negara Yaman...

PM Lancar iComm Tingkat Taraf Hidup, Keselamatan Penduduk

PEKAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek Sistem Prasarana Komuniti Pintar (iComm) untuk meningkatkan taraf hidup dan keselamatan rakyat.

Kampung Padang Rumbia di sini dipilih sebagai projek perintis iComm.

Najib berkata, projek itu yang pertama seumpamanya di rantau ini, bakal diperluaskan ke seluruh negara untuk memastikan masyarakat luar bandar turut bersama-sama penduduk bandar menikmati ledakan arus teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Katanya sistem itu yang dilengkapi sistem rangkaian kamera litar tertutup (CCTV), alat pemantau paras air sungai dan platform sistem komunikasi mudah alih berasaskan internet juga mampu mengawasi sempadan negara daripada sebarang ancaman pencerobohan.

“Kita boleh pasang sistem iComm ini di timur Sabah seperti di Lahad Datu, Semporna, dan Sandakan. Melalui CCTV yang dipasang kita dapat mengesan kehadiran sebarang anasir luar yang cuba menceroboh negara ini.

“Sistem ini secara langsung memberikan banyak manfaat bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan projek perintis iComm di Kampung Padang Rumbia, hari ini.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mimos Berhad Datuk Abdul Wahab Abdullah dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bebar Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Projek tersebut merupakan satu inisiatif di bawah program inovasi sosial Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dibangunkan melalui agensi penyelidikan dan pembangunannya Mimos Sdn Bhd untuk menaik taraf sistem
komunikasi masyarakat setempat.

Najib berkata, masyarakat di Kampung Padang Rumbia seharusnya berbangga kerana sistem tersebut mula diperkenalkan di kampung tersebut dan mereka dapat menikmati capaian internet percuma selain panggilan telefon percuma.


“Kampung ini juga dilengkapi dengan 10 CCTV yang membolehkan setiap apa yang berlaku di kampung ini diawasi selain dilengkapi dengan sistem amaran banjir
yang canggih. Projek ini membolehkan penduduk Padang Rumbia mengecapi gaya hidup yang berbeza dari masa lalu,” katanya.

Menurutnya, senario itu juga mencerminkan dengan jelas kehendak pembangunan di luar bandar kini berbeza jika hendak dibandingkan semasa ayahanda beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menjadi perdana menteri.

“Kalau kita menyorot kembali era pimpinan Allahyarham Tun Razak (perdana menteri kedua), kita boleh bayangkan corak pembangunan luar bandar ketika itu amat berbeza kerana semasa itu kita mahu kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, jalan raya, balai raya dan lembu pawah.

“Kini masa telah berlalu, negara semakin jauh ke hadapan, kemajuan dunia dalam bidang sains dan teknologi telah membuka era baharu di zaman yang dikenali sebagai era maklumat dan K-ekonomi.

“Pembangunannya berteras pengetahuan, sains dan teknologi dan menjadi teras kepada kejayaan sesebuah negara dan kerajaan akan pastikan seluruh pelusuk negeri tidak ketinggalan dalam soal itu” kata Perdana Menteri.

Dalam masa yang sama Najib turut berharap rakyat dapat menunjukkan penghargaan terhadap kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dengan tidak menyalahgunakannya untuk kegiatan yang tidak bermanfaat.

Katanya, rakyat juga perlu bijak mempertimbangkan sebarang maklumat atau cerita di internet kerana ada di antaranya benar, namun dalam masa yang sama kebanyakannya hanyalah cerita rekaan dan berunsur fitnah semata-mata. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori