MUAR – Tiga pemandu lori treler cedera apabila lori treler yang dipandu masing-masing terlibat dalam satu kemalangan di Batu 3, Ayer Hitam, Muar, di sini hari ini.
Pegawai Bomba Kanan Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Mohd Johar Tumin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai pada 7.30 pagi.
Katanya 11 anggota bomba bersama sebuah jentera dan sebuah ambulan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) Bomba tiba di lokasi kejadian pada 8.05 pagi.
“Pemandu lori membawa muatan pokok semaian patah kaki. Manakala bomba terpaksa mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk mengeluarkan pemandu lori muatan batu-bata yang tersepit,” katanya ketika dihubungi pemberita.
Beliau berkata dua pemandu lori iaitu pemandu lori membawa muatan batu bata
dan pemandu lori muatan paip poli hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Manakala pemandu lori yang membawa muatan pokok semaian yang patah kaki menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. – BERNAMA