Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Roboh Jambatan Halang Penguat...

RAUB - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berdepan halangan dalam operasi hari ketiga...

Lagi Kes Pelancong China...

BAHARU sahaja kita dikecohkan dengan insiden dua warga China yang berdegil untuk membuang...

Menang Kemaman Petanda Jelas...

PETALING JAYA : Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman,...

PAS Sokong Pengerusi PAC...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kota Bahru, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini mencadangkan...

Thaipusam: 3 Maut, 3 Cedera Dilanggar Kereta

KUALA LUMPUR – Hajat sekumpulan enam penganut Hindu untuk menunaikan nazar sempena Thaipusam, tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut manakala bakinya cedera dilanggar lari sebuah kereta di Lebuh Raya KL-Seremban, sebelum susur keluar Desa Petaling, di sini, pagi tadi.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik KL DSP S. Markandan berkata dalam kejadian pukul 8 pagi, kumpulan itu yang berjalan kaki di lorong kecemasan dari arah Seremban dilanggar sebuah kereta jenis BMW berwarna hitam, bernombor pendaftaran PMH 718.

“Kemalangan berlaku di lorong kecemasan, kumpulan ini yang berjalan kaki di lorong itu dilanggar kereta berkenaan yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa-mangsa dipercayai dilanggar sebelum melambung ke atas kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian…pemandu kereta pula tidak menghentikan kereta malah melarikan diri,” katanya pada sidang media di Balai Polis Trafik KL di sini hari ini.

Mangsa yang meninggal dunia adalah K. Saravanan, 45, C. Kannan, 51, dan S. Papa, 53, berasal dari Seremban dan kesemua mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Mangsa yang cedera pula dikenali sebagai P. Mageswaran, 40, D. Darrshen, 18, dan seorang lagi wanita yang identitinya masih belum dikenal pasti, dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan.

Markandan berkata kumpulan itu yang dianggotai seramai 45 orang memulakan perjalanan dari Seremban pada Khamis lepas, bernazar berjalan kaki ke Batu Caves sempena perayaan Thaipusam, esok.

“Ada yang membawa periuk berisi susu untuk sembahyang. Malam tadi mereka tidur di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Besi sebelum menyambung perjalanan pada pukul 6 pagi tadi,” katanya.


Hasil pemeriksaan yang dijalankan, polis mendapati mereka menggunakan laluan yang betul iaitu di lorong kecemasan dan berlawan arus.

Susulan kejadian itu, Markandan berkata siasatan dilakukan ke atas kereta itu dan mendapati pemilik kereta tersebut adalah seorang wanita, beralamat di Jelutong, Pulau Pinang.

“Kita berjaya mengesan pemilik kereta, tetapi menurutnya, keretanya itu digunakan anak lelakinya Seng Guan Chuan, 20-an,” kata Markandan dan menambah cuaca ketika kejadian baik dan tidak menolak kemungkinan suspek memandu laju.

Menurut Markandan, polis telah menemui kereta berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan di Lebuhraya Kesas dan kini sedang mengesan suspek.

Polis turut meminta suspek untuk menyerah diri bagi membantu siasatan, manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Zakia Wahab di talian 0128778620 atau balai polis trafik KL 03-20719999. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]7ZAPodNYXns[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori