Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Colombia Ke Separuh Akhir...

EAST RUTHERFORD - Colombia mara ke separuh akhir Copa America pertama mereka sejak...

Makanan, Minuman Percuma Untuk...

JINAN - Sebuah restoran di Shandong, China menawarkan promosi diskaun kepada pelanggan sekiranya...

Liga Super 2023 Disertai...

PETALING JAYA: Saingan Liga Super musim depan sah akan disertai 18 pasukan dengan...

Projek Ladang Hutan Di...

ALOR SETAR – Projek pembangunan ladang hutan masih diteruskan di Kedah dalam usaha...

FIFA Pilih Pengadil Wanita Pertama Dari India

NEW DELHI – Rupa Devi dari Tamil Nadu di selatan India, membuktikan kemiskinan dan kekurangan kemudahan sukan tidak harus jadi penghalang kepada sesiapa sahaja untuk capai impian mereka dalam dunia sukan.

Wanita muda berusia 26 tahun itu menjadi pengadil wanita pertama dari India dipilih oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini, untuk mengadili perlawanan bola sepak wanita di peringkat antarabangsa.

Pencapaiannya itu mungkin menyaksikan negaranya berada di landasan tepat untuk menjadi antara gergasi bola sepak dunia apabila India menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA Bawah 17 Tahun pada 2017.

Rupa yang berasal dari sebuah bandar kecil di Thindukal, kira-kira enam jam memandu kereta dari Chennai, iaitu ibu negeri Tamil Nadu, mula berkecimpung dalam bola sepak seawal usia 10 tahun.

Dengan bola sepak bukan sukan popular di kampung halaman beliau dan bahagian-bahagian lain di India, Rupa memberitahu Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini, bahawa beliau terus terbabit dalam bola sepak sehingga di zaman kolejnya.

Rupa yang bermain di posisi tengah mendapat galakan daripada persatuan bola sepak tempatan untuk menduduki ujian sebagai pengadil semasa berusia 18 tahun.

Ketika berusia 22 tahun, beliau mula mengadili perlawanan bola sepak tempatan melibatkan saingan Bawah 12 Tahun Lelaki.

Pada 2012, beliau dipilih oleh Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) untuk menyertai beberapa program khas membabitkan wanita sebagai pengadil.

Berikutan itu, beliau terpaksa meninggalkan negeri kelahirannya menjelajah beribu-ribu kilometer sejauh Jarkand dan Maharashtra bagi mengadili perlawanan bola sepak Bawah 19 Tahun.

Akhirnya, beliau lulus ujian kecergasan dan peperiksaan lain yang dikelolakan AIFF dan FIFA.


Rupa berkata penglibatan beliau dalam bola sepak menjejaskan kerjayanya sebagai guru jasmani, dan dipersalahkan kerana sering mengambil cuti.

Beliau, bagaimanapun berkata masalah itu tidak menghalangnya menjelajah sehingga ke Qatar, Bahrain, Maldives dan Nepal untuk mengadili perlawanan bola sepak.

Rupa kehilangan kedua-dua ibu bapa kira-kira empat tahun lepas dan kini tinggal bersama kakaknya.

“Ketika ibu bapa saya masih ada, mereka tidak pernah menghalang saya bermain bola sepak walaupun di India, sukan tersebut selalunya melibatkan kanak-kanak lelaki.

“Malah, ibu bapa saya menggalakkan saya berkecimpung dalam bola sepak,” kata Rupa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Rupa berkata tugas beliau seterusnya adalah mengadili perlawanan pada temasya Sukan Asia Selatan di Shillong, Meghalaya, di Timur Laut India.

Ditanya mengenai impiannya, Rupa berkata hasratnya bukan sahaja mahu mengadili perlawanan bola sepak Piala Dunia Wanita, namun dipilih sebagai pengadil terbaik pada kejohanan berkenaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]swSl03excCU[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • FIFA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori