Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Kepimpinan Bersatu Di Sabah...

KOTA KINABALU - Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah mengumumkan keluar...

Kes COVID-19 Kalangan Warga...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan terdapat kes COVID-19 di Pangkalan Udara Subang dan...

Kawalan Ekonomi Liga Malaysia...

NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Abd Aziz Yeop Jamaluddin menyokong langkah...

Tiada Sebab Untuk Tangkap...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bertegas menolak...

Semangat Tinggi, Kawal Tekanan Bawa Ke Final

GEORGETOWN – Semangat yang tinggi dan bijak mengawal tekanan ketika beraksi hari ini memberi kelebihan kepada pasangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing untuk mara ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia Grand Prix Emas (GP Emas) yang berlangsung di SPICE Arena, di sini hari ini.

Gandingan yang dipadankan kira-kira tiga bulan lepas itu menyingkirkan rakan sepasukan yang juga pilihan kelapan kejohanan, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying 21-17, 21-16.

“Saya sungguh tidak percaya kami dapat sampai ke final. Kalau tengok dari awal undian, kami berdepan dengan lawan yang susah. Tidak sangka dapat pergi sejauh ini dan sangat gembira sudah sampai sasaran.

“Saya berharap dapat gelaran ini sebab sudah sampai ke tahap ini,” kata Pei Jing.

Gandingan Kian Meng/Pei Jing mara menundukkan dua pasangan Taiwan, Wang Chi Lin/Lee dan Wu Hsiao-Lin/Sieh Pei Chen untuk mara ke pusingan utama.

Kecemerlangan pasangan baharu negara itu berterusan apabila mereka mengejutkan pilihan ketiga kejohanan dari Indonesia, Praveen Jordan/Debby Susanto untuk mara ke pusingan kedua.


Kian Meng/Pei Jing turut mengalahkan pasangan Perancis Ronan Labar/Emilie Lefel dan Keigo Sonoda/Naoko Fukuman dari Jepun untuk ke separuh akhir sebelum menewaskan senior mereka untuk ke final.

Pasangan beregu campuran negara itu dijangka berdepan sama ada pasangan China Zheng Siwei/Li Yinhui atau pilihan keempat dari Hong Kong, Reginald Lee Chun Hei/Chau Hoi Wah.

Sementara itu, Peng Soon/Liu Ying ketika ditemui mengakui perlawanan separuh akhir yang berlangsung 47 minit itu, adalah pertembungan yang sengit walaupun berlangsung dalam straight set.

“Kalau diikutkan tekanan, lawan siapa pun mesti ada tekanan walaupun sikit. Apa yang pasti, mereka bermain dengan lebih baik hari ini,” kata Peng Soon. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori