Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Menteri Jerman Bunuh Diri...

FRANKFURT AM MAIN - Ketua Menteri Kewangan di negeri Hesse, Jerman didakwa membunuh...

UMNO Bantu Rakyat Tanpa...

SANDAKAN - Pelaksanaan Program UMNO Bantu Rakyat memperlihatkan komitmen tinggi UMNO Pusat bersama...

Zizan Nafi Twit ‘Wanita...

STATUS kisah cinta antara pelakon Zizan Razak dengan pengacara Mira Filzah masih menjadi...

A400M Pertingkat Keupayaan Pertahanan...

PETALING JAYA - Pesawat A400M pertama milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang...

Pemandu Langgar Peserta Thaipusam Ditahan Polis

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu yang disyaki melanggar sekumpulan peserta perarakan Thaipusam hingga menyebabkan tiga maut dan tiga lain cedera parah di sini pagi tadi telah ditahan polis.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S. Markandan berkata suspek lelaki berumur 25 tahun itu ditahan selepas dia menyerah diri di balai polis trafik Jalan Bandar.

“Suspek menyerah diri pada kira-kira 7.20 malam ini dan kini sedang disiasat polis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Thaipusam: 3 Maut, 3 Cedera Dilanggar Kereta

Ditanya sama ada suspek akan direman, Markandan berkata ia mengikut keperluan.

“Jika perlu kami akan membuat permohonan reman dalam masa terdekat,” katanya.


Markandan berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kejadian yang disifatkan langgar lari itu berlaku di Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur berhampiran Seri Petaling, pada jam 8.00 pagi.

Kesemua mangsa dari Senawang, Negeri Sembilan itu, merupakan sebahagian daripada sekumpulan 45 penganut Hindu yang dikatakan sedang berjalan kaki ke Batu Caves untuk menyertai perayaan Thaipusam, yang akan disambut esok. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]g0TtRSQ8c_I[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori