KPI atau Key Performance Index penting bagi memastikan kelangsungan hidup syarikat dengan cara membantu melakukan penilaian prestasi syarikat agar berada di dalam trek bisnes yang betul dan mencapai sasaran pendapatan yang dikehendaki.
Wan Nong Muzafar pernah memformulasikan sistem Key Performance Index (KPI) untuk setiap majalah di Kumpulan Media Karangkraf agar hala tuju setiap majalah lebih jelas. Kami kongsikan semula perkongsian beliau berkenaan KPI.
Bagaimana nak tentukan KPI bagi bisnes yang masih baru dimulakan dan stafnya tak berapa ramai?
Langkah 1:
Tentukan brapa gaji yang diperlukan oleh towkey dan staff (janganlah gajitowkey ciput sangat sampai ikat perut). Contohnya jumlah semua gaji staf termasuk towkey ialah Rm15,000.
Langkah 2:
Berapa bil bulanan bisnes yang kena bayar? Contohnya internet, sewa, tol dan sebagainya. Contoh anggaran RM5,000.
Langkah 3:
Kalau kos produk RM5.00 dan jual RM25, maka margin produk RM20.00 sahaja. Jadi, setiap 1 unit yang dijual memberi pulangan RM20.00.
Langkah 4:
Kalau nak balik modal kena cari RM5000 + RM15,000 = RM20,000.
Maka untuk balik modal dengan kuantiti jualan, kena jual: RM20,000/RM20 = 1,000 unit.
Langkah 5:
Jika kita yakin boleh capai 1,500 unit, maka target 1,500 unit atau nilai salesebanyak 1,500 unit x RM25.00 = RM 37,500 boleh dijadikan KPI bulanan untuk permulaan kerana ianya melebihi nilai balik modal.
So boleh cover kos barang dan ada profit bulanan yang boleh disimpan untuk tujuan Research & Development, insentif jualan, dan mengembangkan kegunaan produk tersebut.
Pastikan setelah beberapa bulan kalau bisnes dah OK, cuba naikkan 5% ke 10% nilai KPI jualan anda.
Itulah basic step by step kira KPI (Key Performance Index)
-MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=0obWLuUv8PI]