Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Suspek Dibayar Cuma AS$100...

KUALA LUMPUR - Salah seorang suspek wanita yang terlibat dalam pembunuhan abang tiri Kim Jong-un...

Profesor Wanita Melayu Pertama,...

Profesor wanita Melayu pertama, Puan Sri Profesor Dr Fatimah Hamid Don meninggal dunia...

Azwanddin Jatuh Kerana Tersadung...

SHAH ALAM - Polis menafikan anggotanya bertindak kasar ke atas Datuk Azwanddin Hamzah...

Vaksin Sinovac Sangat Berkesan...

JAKARTA - Vaksin Sinovac Biotech Ltd didapati menghapuskan COVID-19 dalam kalangan pekerja kesihatan...

TPPA: Penyokong Pakatan Rancang ‘Kepung’ Parlimen

KUALA LUMPUR – Selepas perhimpunan membantah TPPA di ibu negara semalam tidak mendapat sambutan orang ramai, pembangkang merancang untuk ‘berkampung’ di hadapan bangunan Parlimen di sini pada 26 dan 27 Januari ini.

Naib Ketua (Politik) Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Shazni Munir Mohd. Ithnin berkata, mereka mahu berkumpul di hadapan Parlimen kerana keputusan sama ada TPPA akan diterima atau ditolak oleh para Ahli Parlimen akan diputuskan pada tarikh tersebut.

BACA: Demo Bantah TPPA Hambar, Tian Chua Kena ‘Boo’?

“Pemuda PAN mengajak seluruh rakyat untuk berkampung depan Parlimen ketika TPPA ini dibahaskan bermula pagi 26 Januari hinggalah 27 Januari. Di pusingan bantahan paling penting ini, rakyat harus bersama-sama pastikan seluruh Ahli Parlimen mengundi untuk tolak perjanjian tersebut.

“Rakyat wajib tahu bahawa inilah bentuk penjajahan baru antara rakyat Malaysia dan syarikat-syarikat multinasional yang berpengkalan di negara-negara maju,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Perhimpunan membantah TPPA di ibu negara semalam gagal mendapat sambutan orang ramai dan rata-rata yang menyertainya cuma penyokong fanatik parti pembangkang. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori