AKIM yang menyambut lahir lahirnya yang ke 25 pada 18 Januari lalu menganggap kemenangan di AJL 30 adalah hadiah hari jadi kepada dirinya.
“Rezeki di bulan kelahiran saya pada tahun ini. Macam-macam perkara yang berlaku sebelum ini dan bila kemenangan ini jatuh kepada Akim & The Majistret saya amat bersyukur,†katanya di majlis sidang media usai AJL 30 semalam.
BACA: Lagu Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-30 Milik Potret
Ekoran ada yang cuba membandingkan dirinya dengan Hafiz Suip, Akim menjelaskan bahawa perbezaan antara mereka sangat jauh kerana Hafiz sudah mempunyai kedudukan yang tersendiri.
“Hafiz masih dalam benchmark yang tinggi sebab sudah 3 tahun berturut-turut memenangi kategori vokal terbaik dalam AJL yang untuk saya sendiri ialah mustahil. Apa-apapun Hafiz tetap digelar seorang lagenda,†katanya.
Tahniah buat Akim & The Majistret, semoga terus sukses dalam bidang seni. – MYNEWSHUB.CC
OLEH: KikiLala
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ZuC9p12CzNY]